TNB Prime Scholarship (Universiti Awam Tempatan)
Terkini Yayasan Tenaga Nasional mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat di bawah untuk memohon tajaan. TNB PRIME Scholarship untuk program Universiti Awam Tempatan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Oktober 2022.
Kelayakan untuk permohonan ini adalah bagi graduan lulusan STPM 2021.
TNB Prime Scholarship 2022
Sejak 1993, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) komited dalam membangunkan modal insan yang cemerlang melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Lebih RM1.3 billion telah disumbangkan dan lebih 20,000 bantuan pendidikan dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini.
Oleh itu, YTN mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa TNB PRIME Scholarship bagi melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan dibuka bermula 24 September hingga 14 Oktober 2022.
Bidang Yang Ditawarakan
Bidang – bidang yang ditawarkan bagi permohonan biasiswa untuk kemasukan Oktober 2022 adalah:
- Pengajian Bisnes / Pengurusan
- Sains Data / Statistik / Matematik
Syarat Kelayakan & Akademik
- Lulus STPM 2021 dengan mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 ATAU
- Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi 2021 dengan mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2022
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN
- Khusus untuk pelajar Tahun Satu Kemasukan Semester pertama 2022 (Okt) yang telah mendapat tempat di Universiti Awam Tempatan
Cara Permohonan TNB Prime Scholarship
Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web YTN seperti berikut http://ytn.tnb.com.my
Tarikh Penting
- Tarikh buka permohonan – 24 September 2022.
- Tarikh tutup permohonan – 14 Oktober 2022.
Makluman Penting
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
Maklumat Lanjut
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional 03-89247500 atau pegawai berikut:
Pengambilan
- Pn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
- En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
- En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
- En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)
Teknikal / Sistem
- En Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
- Pn Noor Marhammah (samb: 7543)