Format dan Contoh Penulisan Karangan Jenis Berita

Salah satu jenis karangan yang selalu ditanya di dalam peperiksaan termasuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bahagian C adalah karangan jenis berita.

Untuk pengetahuan, berita ialah penulisan ditulis dengan bagi tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada para pembaca.

Bagi penulisan berita, adalah penting untuk murid-murid mempunyai fakta atau maklumat untuk peristiwa atau kejadian yang dilaporkan tersebut.

Selain itu, karangan jenis berita mempunyai format yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh penulis.

Tips Penulisan

Untuk penulisan karangan jenis berita, terdapat beberapa tips penulisan berita yang boleh dijadikan panduan:

  • Fahami kehendak soalan secara menyeluruh.
  • Isi berita yang paling penting perlu didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan.
  • Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan padat dan elakkan menggunakan ayat yang panjang.
  • Sebelum menulis karangan tersebut, murid perlu mengetahui 6 persoalan iaitu:
    i) Apa- Apakah peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau intipati berita atau maklumat utama kepada keseluruhan berita.
    ii) Bila- Bilakah masa sesuatu peristiwa itu berlaku dan tarikh serta hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
    iii) Di mana- Dimanakah tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa tersebut dan perlu ditulis dengan jelas dan penuh.
    iv) Siapa- Siapakah nama-nama yang terlibat dalam peristiwa tersebut dan nama-nama perlu ditulis dengan lengkap.
    v) Mengapa- Mengapa sebab-sebab peristiwa itu berlaku perlu ditulis dengan lengkap.
    vi) Bagaimana- Bagaimana cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa perlu diterangkan.

Format Karangan Berita

Fomat penulisan berita yang perlu diikuti oleh para murid adalah seperti berikut:

  1. Tajuk: Tajuk berita perlu diletakkan di tengah kertas karangan bahagian atas.
  2. Nama tempat- Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.
  3. Hari- Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

Contoh Karangan Berita

Contoh karangan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Soalan 1:

Pada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan makanan. Tulis berita tentang kejadian itu.

Soalan 2:

Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai. Tulis berita tentang kejadian tersebut.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai penulisan karangan jenis berita ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=OIFwfe2s0Oo.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!