MPM : Semakan Keputusan STPM 2021
Terkini mulai 18/08/2022 Khamis 12:00 PM semakan keputusan STPM 2021 boleh dibuat secara online. Seperti yang diwarwakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia MPM.
Disini fuh.my sertakan panduan dan informasi berkaitan bagi memudahkan calon-calon membuat semakan dan mencetak slip keputusan dengan lebih mudah.
Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2021
Keputusan peperiksaan boleh disemak pada 18 Ogos 2022 (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari
Tarikh Keputusan Peperiksaan Ulangan 2 (U2) STPM 2021
Bagi peperiksaan ulangan 2 pula, tarikh semakan boleh dibuat mulai : 11/08/2022 10:00 AM
Cara Semakan
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan 3 saluran untuk calon-calon membuat semakan iaitu ;
- Sekolah
- Portal MPM
- SMS
Semakan Keputusan Melalui Sekolah
Bagi calon sekolah, boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 12:00 tengah hari
Portal MPM
- Semakan secara online boleh dibuat melalui talian http://stpm.mpm.edu.my/stmpk
- Masukan no. K/p dan nombor angka giliran
- Tekan butang Hantar
SMS
Semakan keputusan STPM melalui SMS boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut ;
- Taip STPM<jarak>No. K/p<jarak>AngkaGiliran
- hantar ke 15888
Rayuan Semakan Semula
Bagi calon STPM yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan, calon boleh memohon untuk semak semula keputusan peperiksaan mengikut semester pada tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM. Cara untuk membuat semakan semula adalah seperti berikut ;
- Permohonan semak semula ini menggunakan nombor PIN MEC yang boleh dibeli secara atas talian SAHAJA. Sila klik link berikut untuk pembelian secara atas talian PEMBELIAN PIN SEMAK SEMULA
- Sila isi borang permohonan ini setelah membeli nombor PIN MEC.
- Setiap calon hanya boleh menggunakan satu nombor PIN MEC sahaja bagi membuat pemohonan melalui sistem ini. Penggunaan nombor PIN MEC kedua walaupun telah dibeli ATAS TALIAN bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
- Pembelian PIN MEC ATAS TALIAN akan ditutup pada 15 Ogos 2022 jam 11.00 malam.
- Sila email maklumat anda ke [email protected] sekiranya menghadapi masalah berkenaan bayaran ATAS TALIAN dan nombor PIN MEC.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan STPM 2021, sila rujuk laman web dan nombor telefon berikut ;
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Telefon : 0361261600