PTTS 2.0 : Kit Program Transisi Tahun 1 KPM Sesi 2022 / 2023

KPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 ( PTTS 2.0 ) bersama kit program bagi sesi 2022/2023.

  • Dilaksanakan selama 4 minggu.
  • Meliputi fasa penyesuaian dan kesediaan.
  • Kit Program Transisi 2022/2023

Antara tema pembelajaran PTTS 2.0 adalah seperti berikut :

  • Diri Saya
  • Dunia di Sekeliling
  • Ekonomi dan Kewangan
  • Masyarakat
  • Alam sekitar
  • Keselamatan
  • Sains Teknologi
  • Kesenian dan Kebudayaan
  • Sukan Permainan
  • Kesihatan
ptts 2.0

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini berserta fail PDF untuk dimuat turun.

Baca Juga : KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 PTTS 2.0) MULAI KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023

KPM telah menetapkan bahawa Program Transisi Tahun 1 (PTTS 2.0) akan dilaksanakan selama 4 minggu.

PTTS 2.0 dilaksanakan oleh murid Tahun 1 bermula minggu pertama sesi baharu persekolahan.

Tempoh ini dimanfaatkan agar murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani, dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.

Sila muat turun kit PTTS 2.0 di bawah.

MUAT TURUN PDF:

Soalan Lazim

Selepas Fasa Penyesuaian, bolehkah murid ditempatkan dalam kelas tertentu mengikut tahap perkembangan mereka?

Tidak, murid perlu berada dalam kelas yang sama sepanjang proses pembelajaran mereka di Tahun

Bolehkah guru menentukan/membuat pengubahsuaian cadangan peruntukan waktu bagi Fasa Penyesuaian?

Tidak.

Bolehkah guru melaksanakan Fasa Penyesuaian sepenuhnya dalam Bahasa Cina/Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (atau perlu juga menggunakan Bahasa Melayu)?

Guru boleh melaksanakan Fasa Penyesuaian menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Adakah guru boleh menggunakan aktiviti lain dalam Fasa Penyesuaian yang guru telah gunakan pada tahun-tahun sebelum ini?

Ya, sekiranya ia dapat mencapai objektif Fasa Penyesuaian dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Sekiranya, murid tidak dapat menguasai literasi dan numerasi asas selepas program transisi, apakah tindakan guru selanjutnya?

Guru harus merancang PdP yang sesuai dan memastikan murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam DSKP Tahun 1 supaya mereka dapat menguasai literasi dan numerasi asas.

Bagaimanakah guru merekod tahap perkembangan murid semasa program transisi?

Guru boleh menggunakan templat pelaporan PBD mata pelajaran Tahun 1 sedia ada.

Bagi murid berkeperluan khas, apakah perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh guru semasa mereka di kelas?

Guru harus memastikan murid dapat mengurus diri dan emosi mereka sebelum memulakan PdP secara formal.

Aktiviti yang disarankan dalam Kit PTTS 2.0 adalah tidak sesuai dengan murid, bolehkah guru menggunakan aktiviti lain?

Guru diberi keluwesan menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid mengikut kreativiti masing-masing.

Apakah yang perlu guru lakukan sekiranya murid tidak dapat menguasai tahap kesediaan yang telah ditetapkan selepas tamat tempoh masa Fasa Kesediaan?

Murid akan meneruskan sesi pembelajaran Tahun 1 dan guru perlu merancang PdP yang sesuai dengan tahap murid tersebut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!