Biasiswa SPAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempelawa pelajar-pelajar yang layak untuk memohon Biasiswa SPAN.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara merupakan badan pengawal seliaan kebangsaan untuk industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi pelajar tajaan SPAN, yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.

Apakah Biasiswa SPAN ?

biasiswa span

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang Semester 2 Asasi/Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.

Baca juga : Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng 2022

Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Kelebihan Biasiswa SPAN

Selain bantuan kewangan, pelajar-pelajar juga akan di di bimbing oleh ‘Scholar Guide’ untuk ;

  • Mencapai kecemerlangan akademik
  • Mengatasi masalah dan cabaran
  • Mengekalkan kesejahteraan pelajar

Untuk memantapkan lagi persediaan pelajar untuk menghadapi persaingan dan kebolehan mengadaptasi pendidikan secara formal dengan keperluan dalam bidang pekerjaan selepas tamat pengajian, pelajar juga akan menerima program latihan kemahiran insaniah yang disediakan merangkumi 4 kemahiran;

  • Kemahiran Komunikasi
  • Kemahiran Pembangunan Insaniah
  • Kemahiran Organisasi
  • Kemahiran Kebolehpasaran

Jumlah Pembiayaan Biasiswa SPAN

Biasiswa SPAN yang ditawarkan merangkumi sokongan kewangan seperti yang berikut;

  • Yuran pengajian -Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.
  • Elaun – Elaun-elaun seperti yang berikut disediakan untuk membantu pelajar dalam perbelanjaan universiti mereka;
    • Sara hidup
    • Penginapan
    • Buku
    • Alat Perkakas
    • Tesis
    • Latihan Amali
  • Komputer riba -Sebuah komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian.

Bidang Tajaan

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

  • Teknikal (Kejuruteraan, Ukur Bahan)
  • Ekonomi / Perniagaan
  • Perakaunan / Perniagaan
  • Teknologi Maklumat / Data Sains

Syarat Permohonan

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
  5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
    • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2021;
    • Pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya keputusan PNGK 3.50 bagi Semester 1 Matrikulasi/Asasi

Cara Permohonan

Kepada anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan permohonan, sila ikuti langkah permohonan di bawah:

  1. Layarai laman website berikut http://www.metropolitancorridor.com/sfa-span-bm.php
  2. Baca kemaskini terkini biasiswa seperti syarat dan tarikh tutup permohonan
  3. Klik pada butang “Mohon Sekarang”
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Semak semula semua maklumat yang diisi dan pastikan ianya lengkap sebelum menghantar permohonan.
  6. Hantar permohonan anda dengan klik pada butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Biasiswa SPAN 2022, anda boleh hubungi nombor 03-5613 6288 atau emailkan kepada [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!