Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda

Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda telah di buka.Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan permohonan daripada rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,000) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Apa Itu Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext)

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 Monbukagakusho Mext Ijazah Sarjana Muda

Kerajaan Jepun menawarkan program biasiswa berikut setiap tahun untuk warganegara Malaysia memohon. Pemohon yang berminat dinasihatkan untuk membaca garis panduan dengan teliti. Melainkan dinyatakan sebaliknya, permohonan biasiswa hendaklah dibuat ke Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur. Sila ambil perhatian bahawa syarat dan tempoh permohonan berbeza antara program ini.

Penerima biasiswa Pengajian Jepun akan mendapat elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (kira-kira RM4,400), manakala penerima biasiswa Latihan Perguruan pula 143,000 yen (RM5,400) tertakluk kepada perubahan.

“Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti dikecualikan dan tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan bagi penerima biasiswa yang layak

Baca juga : Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Program Ijazah Sarjana Muda

Syarat Permohonan

Syarat umum

  1. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2023 (dilahirkan antara 2 April 1998 dan 1 April 2006)
  2. Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  3. Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.
  4. Tarikh tutup permohonan: 20 May 2022 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang

 

Syarat Khusus

Pemohon perlu memenuhi kelayakan akademik mengikut tahap pendidikan seperti berikut;

  • SPM → 9A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)
  • UEC → 8A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)
  • Matrikulasi/ Asasi→A- atau GPA 3.6 dalam mata pelajaran berkaitan ditambah A- dalam bahasa Inggeris
  • STPM → A- or GPA 3.6 in related subjects plus MUET (Band 5 or 6)
  • A-Level →AAB plus “A” or “A+” in SPM English subject
  • Diploma→ PNGK 3.4 dalam bidang pengajian berkaitan
  • IB → 40 mata dalam bidang pengajian yang berkaitan
  • IGCSE/O-Level → 8A (“A” atau “A+”) atau ke atas (termasuk subjek berkaitan)

 

Bidang Pengajian

Antara bidang pengajian yang layak memohon untuk biasiswa ini ialah seperti ;

Sains Semula Jadi A

  • Matematik, Fizik, Kimia, Elektronik, Kejuruteraan Elektrik, MaklumatKejuruteraan, Kejuruteraan Mekanikal, Seni Bina Tentera Laut, Kejuruteraan Awam, Seni Bina, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kimia Gunaan, Kejuruteraan Kimia, Kimia Industri, Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Perlombongan, Kejuruteraan Maritim dan Bioteknologi

 

Sains Semula Jadi B

  • Pertanian, Kimia Pertanian, Kejuruteraan Pertanian, Sains Haiwan, Veterinar Perubatan, Perhutanan, Sains Makanan, Perikanan, Farmasi, Kebersihan, Kejururawatan dan Biologi

Sains Semula Jadi C

  • Perubatan, dan Pergigian

Sains Sosial dan Kemanusiaan B

  • Undang-undang, Politik, Pedagogi, Sosiologi, Kesusasteraan, Sejarah, Bahasa Jepun, dan Lain-lain

Sains Sosial dan Kemanusiaan A

  • Ekonomi, dan Pentadbiran Perniagaan

 

Cara Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext)

Borang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan secara dalam talian pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Untuk membuat tempahan, sila emailkan maklumat anda ke [email protected]

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai  Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: Mext) Ijazah Sarjana Muda, anda boleh layari www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146 [sarjana muda]) atau emelkan ke [email protected] .

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!