DELIMa 2.0 : Login Digital Educational Learning Initiative Malaysia

DELIMa 2.0 merupakan penjenamaan semula kepada MOE Digital Learning yang sedia ada. Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa 2.0) merupakan pelantar bagi semua keperluan pendidikan.

Melalui DELIMa 2.0 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan sumber, panduan dan maklumat untuk murid, guru dan ibu bapa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu supaya tiada murid yang ketinggalan.

Pengenalan DELIMa 2.0

Taklimat DELIMa 2.0 Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Secara ringkasnya DELIMa 2.0 adalah ;

  • Pelantar pembelajaran digital KPM
  • Mengupaya semua sekolah di bawah kpm menjadi sebahagian ekosistem pembelajaran digital mulai tahun 2019
  • Boleh diakses merentasi semua sekolah dan tahap dengan satu id
  • Perisian percuma di bawah lesen pendidikan  khas untuk semua murid dan guru
  • Gerbang kepada pelbagai kandungan yang dibangunkan dan dikongsikan oleh guru dan murid seluruh negara

Kelebihan Delima

  • Akses ke kelas dalam talian
  • Muat turun buku teks digital
  • Menggunakan pelbagai alat berkomunikasi dengan guru dan murid lain
  • Menggunakan id yang sama dari sekolah rendah hingga ke peringkat matrikulasi
  • Berkongsi dan muat turun pelbagai bahan pembelajaran

Cara Login DELIMa 2.0

Untuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:

login delima 2.0
  1. Layari portal https://d2.delima.edu.my
  2. Tandakan (/) pada kotak ‘Accept Terms & Conditions’
  3. Klik butang ‘Click Here To Login’
  4. Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Paparan DASHBORD DELIMa 2.0 Guru

delima 2.0 guru

Selepas sahaja berjaya login, untuk guru anda sepatutnya akan melihat paparan DASHBORD berikut Pengalaman Baharu (Guru) dalam lampiran di bawah ;

  1. Gambar guru, nama guru, nama sekolah
  2. Ruang carian
  3. Ruang utama
  4. Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  5. Pilihan bahasa
  6. Sentimen diri
  7. Mode dark / light
  8. Ruang Pembangunan Profesional
  9. Ruang Pengajaran Saya
  10. Button pilihan ruang pengajaran
  11. Ruang Pengumuman
  12. Ruang aktiviti pengajaran (Google Classroom)
  13. Ruang pertanyaan (Chatbot)

Paparan DASHBORD DELIMA 2.0 (Murid)

delima 2.0 murid

Selepas sahaja berjaya login, untuk guru anda sepatutnya akan melihat paparan DASHBORD berikut Pengalaman Baharu (Murid) dalam lampiran di bawah ;

  1. Gambar murid, Nama murid, Nama sekolah
  2. DIGITAL ME – Digital badges yang diperolehi oleh murid
  3. Ruang Carian
  4. Ruang Utama
  5. Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  6. Pilihan Bahasa
  7. Sentimen diri
  8. Mode dark / light
  9. Ruang Pengumuman
  10. Ruang Pembelajaran Saya
  11. Button pilihan ruang pembelajaran
  12. Ruang Tugasan (Gdrive)
  13. Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)
  14. Ruang pertanyaan (Chatbot)

Poster DELIMa

Bagi tujuan promosi dan pembelajaran, KPM dan JPN turut membuat promosi pertandingan mencipta poster -poster DELIMa 2.0 di peringkat sekolah-sekolah sebagai pendedahan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari https://delima.moe-dl.edu.my/

Jika ada pertanyaantentang ID –Admin Sekolah/ PPD / JPN sahaja yang boleh hubungi Admin KPM melalui email [email protected](helpdesk DELIMa)

Gangguan kelas dalam talian–hubungi helpdesk DELIMA KPM dengan kadar segera

Baca juga : APDM : Aplikasi Pangkalan Data Murid & E-Kehadiran (KPM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!