The Chosen One Malaysia Final 2023 Episod 6 Konsert Akhir

Senarai Pemenang The Chosen One Malaysia Final 2023, Episod 6 Konsert Akhir

Tahniah kepada Amir sisi juara The Chosen One 2023 Malaysia musim pertama.Naib juara Khalyn. Tempat ketiga disandang oleh Dayana dan keempat jatuh kepada Erika.

Manakala anugerah persembahan terbaik jatuh kepada Dayana. Final program realiti pertandingan nyanyian bakat muda yang di ilhamkan daripada rancangan Big-Stage kini sampai di kemuncak program tersebut.

Hadiah bagi Pemenang-pemenang The Chosen One 2023, berupa wang tunai bernilai ;

keputusan the chosen one malaysia final 2023
Kredit gambar : Gempak
  • Juara – Amir sisi: RM30,000.00
  • Naib Juara – Khalyn: RM20,000.00
  • Tempat Ketiga – Dayana: RM10,000.00
  • Tempat Keempat- Erika: RM5,000.00

Selaku juara The Chosen One, selain wang tunai RM30,000 Amir Sisi juga akan menerima sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.

Manakala Putera Muhammad jurulatih kepada Amir Sisi dinobatkan jurulatih terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000

Dengan kemenangan ini, Amir Sisi juga berjaya mencipta nama dan sejarah baru sebagai anak Orang Asli pertama di Malaysia yang menjuarai pertandingan nyanyian realiti tv.

Keunikan suara Amir bukan sahaja menambat penonton di Malaysia, malah mendapat pujian daripada penonton dari Indonesia.

Baca juga : Biodata & Latar Belakang Amir The Chosen One, Penyanyi Cilik Berbakat

Konsep & Format The Chosen One

Program realiti tv pertandingan nyanyian bakat muda The Chosen One diilhamkan daripada pertandingan realiti tv BIG STAGE

Ianya menyasarkan peserta kanak-kanak viral berumur 7-18. Peserta merupakan amatur, mempunyai jumlah pengikut yang ramai di sosial media seperti TikTok, Instagram, YouTube dan platform digital lain.

30 peserta akan dipanggil untuk ke sesi ujibakat tertutup.

Daripada 30 orang, hanya top 16 peserta akan mara mara ke Episod Prelude.

Top 16 dipilih oleh lapan orang selebriti yang akan menjadi jurulatih mereka dalam rancangan ini untuk berentap di Episod Prelude.

16 peserta teratas yang dipilih dalam sesi ini akan bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut.

Hanya lapan daripada mereka yang terpilih sahaja akan bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.

‘The Chosen One’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran kepada para peserta.

Peserta yang gagal menarik para juri serta mencapai kriteria permarkahan yang ditetapkan akan disingkirkan.

Setiap persembahan daripada barisan peserta bersama pasangan selebriti mereka diadili sepenuhnya oleh pihak juri berdasarkan ;

  • Teknik vokal (50%),
  • Kreativiti dan feel (30%)
  • Watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Pengacara & Juri The Chosen One 2023

Untuk menghangatkan dan menceriakan lagi suasa pentas The Chosen One 2023 akan di hoskan oleh penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar bersama penyanyi dan pelawak, Namie

Hos The Chosen One Namie
Hos The Chosen One – Alif Satar

Juri tetap untuk pemarkahan akan di nilai oleh Dato’ Awie dan Jihan Muse. Setiap juri akam mempunyai satu imuniti sahaja untuk menyelamatkan peserta dari tersingkir.

Manakala seorang juri jemputan akan di undang pada setiap minggu untuk membantu memberi markah penilaian.


Jurulatih Selebriti

8 selebriti yang akan bertindak sebagai jurulatih dan juga pasangan setiap peserta ‘The Chosen One’ 2023 adalah seperti berikut ;

  • Shiha Zikir,
  • Sarah Suhairi,
  • Afieq Shazwan,
  • Aisha Retno,
  • Putera Muhammad,
  • Wani Kayrie,
  • Hazama 
  • Kmy Kmo & Luca Sicta 

Peserta The Chosen One

Selepas sesi ujibakat tertutup yang diakan pada 29 Jun lalu, inilah barisan top 16 peserta pilihan yang akan mara ke Episod Prelude (7 & 14 Ogos)

Senarai Peserta Top 16

  • 1.  Cinta – 9 tahun
  • 2.    Muhammad Rayyan Rifqi – 9 tahun
  • 3.    Nur Qahirah Maisarah – 11 tahun
  • 4.    Amirul Ashraff Khan – 11 tahun
  • 5.    Amir Sisi – 12 tahun
  • 6.    Raja Dayana Umayma – 13 tahun
  • 7.    Aliaa Athirah – 13 tahun
  • 8.    Hannah, Hannis & Eva – 14 tahun
  • 9.    Reyza Fenge – 15 tahun
  • 10.  Ahmad Rizarofiq – 15 tahun
  • 11.  Nur Nurul Iman – 16 tahun
  • 12.  Afrina Damia – 16 tahun
  • 13.  Nur Zuleikha Qaisara – 17 tahun
  • 14.  Erika Foo Hann Yi – 17 tahun
  • 15.  Sera Yue Zi Xin – 17 tahun
  • 16.  Khalyn – 17 tahun

Senarai Peserta Top 16 & Jurulatih

peserta the chosen one
Kumpulan Afieq Shazwan, Asyraff & Iman
peserta the chosen one
Kumpulan Aisha Retno, Aliaa & Qahirah
peserta the chosen one
Kumpulan Putera Muhammad, Sera & Amir
peserta the chosen one
Kumpulan Wani Kayrie, Cinta & Rayyan
peserta the chosen one
Kumpulan KMY KMO & Luca Siskta, Erika & Reyza
Kumpulan Hazama, Rariq & Khaylyn
Peserta Umur Jurulatih
Amirul Ashraff Khan (Asyraff) 11 tahun Afieq Shazwan
Nur Nurul Iman (Iman) 16 tahun
Aliaa Athirah (Aliaa) 13 tahun Aisha Retno
Nur Qahirah Maisarah (Qahirah) 11 tahun
Khalyn Mulyani (Khalyn) 17 tahun Hazama
Ahmad Rizarofiq (Rofiq) 15 tahun
Erika Foo Han Yi (Erika) 17 tahun Kmy Kmo & Luca Sicta
Reyza Fenge (Reyza) 15 tahun
Amir Sisi (Amir) 12 tahun Putera Muhammad
Sera Yue Zi Xin (Sera) 17 tahun
Afrina Damia (Mia) 16 tahun Sarah Suhairi
Nur Zuleikha Qaisara (Keka) 17 tahun
Raja Dayana Umayma (Dayana) 13 tahun Shiha Zikir
Hannah, Hanis & Eva (Inferno) 14 tahun
Indah Urmila (Cinta) 9 tahun Wani Kayrie
Muhammad Rayyan Rifqi (Rayyan) 9 tahun

Tugasan & Persembahan Episod Prelude

Episode Prelude Minggu 1

  • Pilihan Kmy Kmo & Luca Sicta: Erika
  • Pilihan Aisha Retno: Aliaa
  • Pilihan Putera Muhammad: Amir -Lagu Tiara
  • Pilihan Sarah Suhairi: Mia

Episode Prelude Minggu 2

  • Pilihan Afieq Shazwan: Iman
  • Pilihan Hazama: Khalyn
  • Pilihan Wani Kayrie: Cinta Suci
  • Pilihan Shiha Zikir: Dayana

Selepas tamat dua Episod Prelude, inilah barisan peserta pilihan jurulatih selebriti.

Mereka akan berentap selama enam minggu bersama jurulatih selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai juara ‘The Chosen One’ 2023

Senarai Peserta Top 8 & Jurulatih

Peserta Umur Jurulatih
Nur Nurul Iman (Iman) 16 tahun Afieq Shazwan
Aliaa Athirah (Aliaa) 13 tahun Aisha Retno
Khalyn Mulyani (Khalyn) 17 tahun Hazama
Erika Foo Han Yi (Erika) 17 tahun Kmy Kmo & Luca Sicta
Amir Sisi (Amir) 12 tahun Putera Muhammad
Afrina Damia (Mia) 16 tahun Sarah Suhairi
Raja Dayana Umayma (Dayana) 13 tahun Shiha Zikir
Indah Urmila (Cinta Suci) 9 tahun Wani Kayrie

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 1

Konsert minggu pertama 20 September 2023.

Peserta & Coach Lagu (penyanyi)
Cinta Suci & Wani Kayrie “Gerhana” (Kembara)
Khalyn & Hazama “Dance Monkey” (Tones And I)
Mia & Sarah Suhairi “Hurt” (Christina Aguilera)
Erika & Kmy Kmo & Luca Sicta “Tak Ada Logika” (Agnez Mo)
Dayana & Shiha Zikir “Biar Sampai Ke Bintang” (Asmidar)
Iman & Afieq Shazwan “Kawan” (Ruhil Amani)
Amir & Putera Muhammad “Sesungguhnya” (Raihan)
Aliaa & Aisha Retno “Memori Tercipta” (Shila Amzah)

Dua tercorot: Erika Foo Han Yi (Erika) & Afrina Damia (Mia)
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 2

Tema lagu : FYP

Peserta & Coach Lagu (penyanyi)
Khalyn & Hazama “Relakan Jiwa” (Hazama)
Mia & Sarah Suhairi “Hey Ladies” (Rossa)
Amir & Putera Muhammad “Untukmu Ibu” (Exists)
Iman & Afieq Shazwan “Ku Bersuara” (Ernie Zakri)
Erika & Kmy Kmo & Luca Sicta “Peluang Kedua” (Nabila Razali)
Dayana & Shiha Zikir “Gila” (Kaka Azraff, Noki & Loca B)
Aliaa & Aisha Retno “Sayang” (Via Vallen)
Cinta Suci & Wani Kayrie “Lathi” (Weird Genius)

Tersingkir Afrina Damia (Mia)

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 3

Tema cinta

Peserta & Coach Lagu (penyanyi)
Khalyn & Hazama “Grenade” (Bruno Mars)
Erika & Kmy Kmo & Luca Sicta “Skyfall” (Adele)
Dayana & Shiha Zikir “Driver’s License” (Olivia Rodrige)
Iman & Afieq Shazwan “Sepi Sekuntum Mawar Merah” (Ella)
Amir & Putera Muhammad “Cinta Sampai Mati” (Raffa Affar)
Aliaa & Aisha Retno “Cindai” (Siti Nurhaliza)
Cinta Suci & Wani Kayrie “Samar Bayangan” (Nicky Astria)

Tersingkir: Nur Nurul Iman (Iman)

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 4

Tema lagu Rock

Peserta & Coach Lagu (penyanyi asal)
Dayana & Shiha Zikir “Bunga” (Ara Johari)
Erika & Kmy Kmo & Luca Sicta “Sembilu” (Ella)
Khalyn & Hazama “Mewangi” (Akim & The Majistret)
Cinta Suci & Wani Kayrie “Pelesit Kota” (Search)
Aliaa & Aisha Retno “Seragam Hitam” (Kristal)
Amir & Putera Muhammad “Taman Rashidah Utama” (Wings)

Tersingkir: Aliaa Athirah (Aliaa)

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 5 Semifinal

Pada minggu ini peserta akan membuat persembahan bersama artis jemputan

Peserta & Artis Duet Lagu (penyanyi)
Khalyn & Zaki Yamani “Sandarkan Pada Kenangan” (Jamal Abdillah & Siti Sarah)
Erika & Yonnyboii “Salahku” (Yonnyboii)
Dayana & Shila Amzah “Rolling In The Deep” (Adele)
Amir & Mawi “Lemak Manis” (Roslan Madun)
Cinta Suci & Dinda Dania “Teman” (Iman Troye)

Senarai Lagu & Keputusan The Chosen One Minggu 6 Konsert Grand Final

Konsert akhir minggu 6 the chosen one akan bersiaran secara langsung pada 25 Oktober 2023.

Empat peserta final Erika, Khalyn, Dayana & Amir akan bersaing di pentas final, bagi menentukan siapakah Juara The Chosen One Malaysia 2023 musim pertama

Semak disini untuk melanggan saluran dan promosi Astro terkini

Siaran Langsung

Siaran langsung Konsert Grand Final The Chosen One pada 25 Oktober 2023, hari Rabu jam 9:00 malam di Astro Ceria, Astro Prima & Astro On Demand

Untuk siaran ulangan, penonton boleh menonton di Astro Ceria pada hari Khamis (3PM), Jumaat (9PM) dan Sabtu (9PM). Siaran ulangan juga dapat disaksikan menerusi On Demand.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!