Famili Duo 3 TV3 2023 – Senarai Peserta, Minggu 1

Famili Duo 3 (FD3),musim 2023 kni kembali di TV3. 5 senarai peserta terdiri daripada pasangan keluarga selebriti, bakal bertanding setiap minggu bagi merebut hadiah mingguan RM10,000 dan hadiah utama juara famili duo 3 bernilai RM100,000.

Bagi musim 3 Famili Duo dibawakan khas oleh penaja utama iaitu Ogawa, Elegent Cosmetic sebagai penaja bersama dan Centrum sebagai rakan penaja.

Famili Duo 3 Musim 2023

Famili Duo ialah program nyanyian realiti yang unik dan berbeza, apa yang membezakan program ini daripada rancangan lain, ialah ianya program ini menampilkan gandingan selebriti yang membuat persembahan bersama ahli keluarga mereka. Berikutan penampilan sulungnya pada 14 Februari 2021, Famili Duo berjaya mencapai matlamatnya untuk mempromosikan nilai keluarga dan mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga melalui kuasa muzik.

Konsep

Program Famili Duo merupakan program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga, yang pada asalnya disiarkan di 8TV. Program unik ini memaparkan selebriti popular Malaysia membuat persembahan bersama ahli keluarga mereka, dengan menonjolkan bakat nyanyian individu mereka.

Di setiap episod, lima peserta daripada pasangan selebriti dengan hubungan keluarga, akan diberikan tugasan yang berbeza.

Setiap persembahan dan pemarkahan dinilai oleh hakim tetap, iaitu ​​dan Ajai dan Mas Idayu, dengan juara mingguan bakal memenangi hadiah wang tunai.

Pada musim 3, Famili Duo FD3 akan menampilkan tujuh pasangan selebriti, berbeza dengan 40 pasangan musim pertama, dan musim kedua 7 peserta. Dimana untuk musim ini kesemua peserta bakal bersaing setiap minggu dengan tema berbeza untuk memenangi hadiah mingguan. Pemarkahan akan ditentukan oleh hakim tetap (70%) dan undian dalam talian oleh penonton (30%).

Peserta Famili Duo 3

famili duo 3 peserta

Untuk musim 2023, Famili Duo 3 menampilkan peserta daripada 5 buah keluarga bintang selebiriti tanah air antaranya ;

  • Fuad Rahman & Tom (pasangan suami isteri),
  • Adira Suhaimi & Emma Suhaimi (pasangan adik-beradik),
  • Shila Amzah & Amir Syahir (pasangan adik-beradik),
  • Haqiem Rusli & Ariff Bahran (pasangan sepupu)
  • Ryan Bakery & Adam Bakery (pasangan adik-beradik).

Kesemua peserta kali ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama yang bernilai sebanyak RM100,000 di pentas akhir nanti.

Penilaian dan pemarkahan Famili Duo 2023 bakal ditentukan dengan markah daripada juri tetap sebanyak (70%) dan undian secara online oleh penonton sebanyak (30%).

famili duo 3 2023 hos

Program realiti tv terbitan TV3 ini bkal bersiaran secara langsung selama lapan episod. Dimana program Famili Duo 2023 ini akan menyaksikan gandingan antara Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program mengantikan hos sebelumnya iaitu Seen Lee manakala juri tetap masih lagi dikekalkan iaitu Ajai dan Mas Idayu

Persembahan Famili Duo 3 Minggu 1

Persembahan minggu 1 (Episode 1) Famili Duo 3 akan bersiaran secara langsung dari Glenmarie, pada 15 Oktober 2023. Rancangan yang bakal bersiaran selama 8 episode ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.

Untuk penonton yang tidak hadir ke studio pula, penonton boleh menonton menerusi live strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Tonton rancangan TV kegemaran anda dengan paparan yang lebih jelas menerusi Xiaomi 4K UHD Android Smart TV (32″/43″/55″) dengan harga promosi istimewa sekarang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!