All Stars GV (Gegar Vaganza Musim 10) : Markah Peserta, LIVE

All Stars GV (Gegar Vaganza Musim 10) : Markah Peserta, LIVE

Sembilan musim Gegar Vaganza (GV) telah pun berlalu dan sepuluh juara telah pun dinobatkan. Kini tiba masanya untuk iktiraf juara yang terbaik menerusi All Stars GV.

Rancangan realiti TV terbitan Astro ini bakal menyaksikan persaingan bagi semua pemenang Gegar Vaganza musim lalu antaranya Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Naqiu dan Noryn Aziz.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas minggu dan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program ini turut dimeriah oleh para hos yang sinonim dengan GV iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse.

all stars gegar vaganza 10

Pada masa yang sama, Gegar Vaganza Musim ke-10 ini turut mengekalkan tiga juri tetap yang cukup terkenal dalam industri muzik tanah air iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Seperti musim-musim sebelum ini, semua peserta akan dinilai sepenuhnya oleh para juri profesional ini.

Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkan. Juara pula difahamkan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200,000.

all stars gv

Senarai Peserta All Stars GV 10

  1. Ayai Illusi (GV1)
  2. Siti Nordiana (GV2)
  3. Azharina (GV3)
  4. Aishah (GV4)
  5. Noryn Aziz (GV5)
  6. Naqiu (GV6)
  7. Hady Mirza (GV6)
  8. Cliff Umar (GV7)
  9. Aliff Aziz (GV8)
  10. Jaclyn Victor (GV9)

Senarai Peserta Hot Seat

6 peserta hot seat bagi musim ini telah dipilih melalui undian penonton dan terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat bagi setiap musim.

6 peserta Hot Seat yang terpilih bagi Gegar Vaganza musim ke-10 ini adalah :

  1. Ezad Lazim (GV2)
  2. Zamani Slam (GV5)
  3. Suki Low (GV8)
  4. Nikki Palikat (GV8)
  5. Tomok (GV9)
  6. Liza Hanim (GV9)

Dengan penyertaan enam penyanyi hot seat, maka jumlah peserta All Stars GV bertambah kepada 16 orang.

gv all stars gegar vaganza

Keputusan Minggu 1 All Stars Gegar Vaganza

Membawa tema Kembali Menyengat, berikut dikongsikan keputusan bagi minggu 1 All Stars GV.

PesertaLagu dan nyanyian asalMarkah
Ayai IllusiCinta Beralih Arah(Aishah)55.50%
Siti NordianaBeribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)54.00%
TomokKatakanlah (Hazami)63.25%
AzharinaAngkara (Siti Nordiana)59.75%
Suki LowHanya Di Mercu (Ayu Damit)58.50%
AishahGemilang (Jaclyn Victor)51.25%
Noryn AzizIkut Rentakku (Jaclyn Victor)68.75%
Nikki PalikatBertakhta Di Hati (Faradhiya)71.25%
Ezad LazimKembali Terjalin (Slam)65.50%
NaqiuDi Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)80.75%
Hady MirzaSegalanya ku Terima (Illusi)70.00%
Cliff UmarSayang Sayang (Aliff Aziz)50.50%
Zamani SlamLangkah Seiringan (Exist)61.25%
Aliff AzizWanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)64.00%
Jacyln VictorJanji Manismu (Aishah)71.75%
Liza HanimJangan Kau Mimpi (Siti Sarah)79.00%

Peserta tersingkir : TIADA PENYINGKIRAN

Ayuh sama-sama kita saksikan highlight bagi persembahan minggu pertama.

Sumber: Youtube Astro Gempak

Senarai Lagu Musim Kedua GV 10

Bagi persembahan minggu kedua, berikut merupakan lagu yang telah dibakal dipersembahkan oleh para peserta.

PesertaLagu dan nyanyian asal
Ayai IllusiBunga Pujaan (Eddy Solitonga)
Siti NordianaSepi (Aina Abdul)
TomokMalam (Kembara)
AzharinaAyah (Rinto Harahap)
Suki LowTak Ingin Usai (Keisya Levronka)
AishahFlashdance What A feeling (Irene Cara)
Noryn AzizAkhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)
Nikki PalikatBersama Akhirnya (Ziana Zain)
Ezad LazimPotret (Akim & The Majistret)
NaqiuSetahun sudah berlalu (Alleycats)
Hady MirzaHow am I supposed to live without you (Michael Bolton)
Cliff UmarLaskar Cinta (Dewa 19)
Zamani SlamSambutlah kasih (Lovehunters)
Aliff AzizSampai Mati (Hazama)
Jacyln VictorSepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Liza HanimSetelah Aku Kau Miliki (Shima)

Sama-sama kita saksikan persembahan dan keputusan juri bagi persembahan minggu kedua yang bakal berlangsung pada 1 Oktober 2023.

Waktu Siaran LIVE All Stars Gegar Vaganza

Jangan lupa untuk saksikan rancangan All Stars GV mulai 29 September 2023, setiap Ahad jam 9.00 malam.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria 104. Anda juga boleh strim melalui platform Sooka, Astro On Demand, Astro Box dan aplikasi Astro Go.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!