Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 (Senarai Lengkap)

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 (Senarai Lengkap)

Semalam kita menyaksikan kemeriahan hangatnya suasana di Anugerah TikTok Award Malaysia 2023 yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, sama ada TikTokers pujaan hati mereka adakah dinobatkan sebagai pememang pada malam tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai senarai lengkap pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023, anda boleh baca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu Anugerah TikTok Malaysia 2023?

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Anugerah TikTok Malaysia atau Tiktok Awards Malaysia dianjurkan bagi menghargai bakat-bakat pempengaruh (influencer) popular di Malaysia yang memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya.

Anugerah berprestij ini telah menggegarkan pentas di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023 yang lalu yang bersiaran secara langsung pada jam 9 malam.

Barisan artis hebat turut sama hadir memeriahkan majlis dengan persembahan antaranya seperti  Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri dan Alyph.

Senarai kategori yang dipertandingkan

Sebanyak 13 kategori iaitu 7 kategori adalah Pilihan Peminat (People’s Choice) sementara 6 kategori Pilihan Juri telah dipertandingan dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

Berikut adalah perincian bagi setiap kategori:-

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):

  • Creator of the Year
  • Rising Star of the Year
  • Popular Creator of the Year
  • Popular Animation Account of the Year
  • Celebrity of the Year
  • Live Creator of the Year
  • TikTok Shop Creator of the Year

Pilihan Juri (Judge Pick):

  • Best of Beauty & Fashion
  • Best of Education
  • Best of Foodie
  • Best of Entertainment
  • Best of Gaming
  • Best of Sports

Barisan juri dibarisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof dan Pengurus Besar Operasi dan Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Senarai calon mengikut kategori

Berikut merupakan senarai calon untuk pelbagai kategori Tik Tok Awards Malaysia 2023 bagi kategori Pilihan Peminat yang dipertandingkan:

Creator Of The Year

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Rising Star of The Year

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Popular Creator of the Year

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Celebrity of The Year

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Popular Animation Account of The Year

LIVE creator of the year

TikTok Shop Creator of the Year

Senarai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 anugerah yang dipertandingkan termasuk 6 kategori pilihan juri dan 7 kategori pilihan undian popular dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

Creator of The Year: Khairul Aming (@khairulaming)

Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan (@shahirazlan)

Best of Education: Sir Asai (@sir_asai)

Best of Entertainment: Eiqa Maleq (@eiqamaleq)

Best of Foodie: Syafira Jamil (@syafirajamill)

Best of Gaming: Sultan Riq (@sultan_riq)

Best of Sports: Kkhalish (@kkhalishh)

Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin (@upinipin.official)

Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Tiktok Shop Creator of The Year: Anas Zahrin (@anaszahrin)

Live Creator of The Year: Tiger Labu (@tigerlabu)

Popular Creator of The Year: Ryan Fahmi Bakery (@ryanbakery

Rising Star of The Year: Ikhmal (@ikhmaln0ur)

Celebrity Of The Year: Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023!

Diharapkan kejayaan pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 ini menjadi suntikan motivasi dan kesungguhan kepada content creator di luar sana untuk menyajikan konten menarik dan berisi untuk masyarakat kita.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai anugerah dan pencalonan hiburan seperti:

Sumber:

  1. Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023. Sinar Harian
  2. TikTok Awards MY 2023 Tampil 6 Pencipta Kandungan Popular. Berita Harian
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!