Bintang RTM 2024 – Ujibakat & Siaran Langsung

Siapakah Bintang RTM 2024? saksikan ujibakat & siaran langsung bintang RTM 2024 zon tengah di RTM Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada 23 – 24 September 2023 bermula 9.00 pagi – 6.00 petang

Bagi anda yang berbakat dalam bidang nyanyian dan berminat untuk menyertai sesi ujibakat di buat secara online dan anda juga boleh hadir untuk sesi ujibakat pada masa dan lokasi-lokasi yang telah ditetapkan

Bintang RTM 2024

bintang rtm 2024

Bintang RTM 2024 bermula pada Januari 2024. Ianya merupakan sebuah acara realiti tv nyanyian yang telah menjadi sebahagian daripada landskap hiburan Malaysia selama lebih setengah abad.

Pertandingan Akhir yang pertama telah disiarkan pada 26 Februari 1974. Seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan.

Acara ini telah melahirkan banyak bakat nyanyian yang menjadi wajah-wajah terkenal dalam industri hiburan Malaysia.

Antara artis terkenal yang lahir dari program anjuran RTM ini, antaranya Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Dato’ Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Haji Nawawi dan ramai lagi.

Kali terakhir bintang RTM diadakan pada 2018, lima tahun lalu menyaksikan penyanyi, Fadhli Hariz Fayahet merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi. Hariz juga memenangi Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta trofi dan sijil

Ujibakat Bintang RTM 2024

uijbakat bintang rtm 2024

Pertandingan yang akan bermula pada Januari 2024 ini telah membuka ujibakat secara dalam talian pada 10 Julai hingga 10 September 2023. Ujibakat terbuka ini layak disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun

Bagi mereka yang berminat, boleh menghantar video nyanyian dan butiran diri seperti salinan MyKad, gambar terkini dan nombor telefon menerusi emel di alamat [email protected]

Lokasi Ujibakat

Manakala sesi ujibakat di lapangan, peserta boleh datang pada masa dan ketetapan seperti berikut ;

Utara

Pulau Pinang

  • Royale Chulan Hotel Penang
  • 5 – 6 Ogos 2023

Selatan

Johor Bahru

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
  • 18 – 20 Ogos 2023

Timur

Kuantan

  • RTM Kuantan, Pahang
  • 26 – 27 Ogos 2023

Sabah

Kota Kinabalu

  • RTM Kota Kinabalu, Sabah
  • 2 – 3 September 2023

Sarawak

Kuching

  • Vivacity Megamall Kuching, Sarawak
  • 9 – 10 September 2023

Tengah

Kuala Lumpur

  • RTM Angkasapuri Kota Media,Kuala Lumpur
  • 23 – 24 September 2023

Siaran Langsung Bintang RTM 2024

Siaran langsung bintang RTM 2024 ini akan bermula pada Januari 2024. Penonton boleh menyaksikan secara live di RTM TV2, dan juga melalui live stream di aplikasi https://rtmklik.rtm.gov.my/ pada setiap hari Sabtu jam pukul 8.30 malam

Dapatkan juga update dan info terkini menerusi laman sosial RTM di ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!