Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta & Juri Tetap

Big Stage 2023 Musim 5 membawakan senarai peserta dan juri tetap dengan banyak pembaharuan dibuat. Selain daripada menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas, hos pengacara Big Stage juga membawakan nama baru mengantikan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang telah empat musim berturut-turut menghiasi pentas tersebut

Rancangan realiti tv Big Stage musim 5 juga bakal bersiaran langsung mulai 7 Mei 2023.

Pada musim lalu Elica Paujin menyanyikan lagu Cinta nyanyian asal Misha dan lagu Believer duet bersama artis jemputan Hael Husaini telah menewaskan empat peserta lain yang terdiri dariapda Tegar Septian, Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer dan membawa wang tunai RM100,000 dan piala Big Stage musim keempat.

Konsep Big Stage 2023

Big Stage ialah sebuah rancangan televisyen realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu dalam industri muzik Malaysia, yang juga dikenali sebagai ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU). Ia memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat ke pentas realiti yang lebih kompetitif.

Rancangan ini amat dikenali dengan melahirkan bintang-bintang muda yang mempunyai kemahiran nyanyian luar biasa sehingga meraih perhatian di pelbagai platform media sosial mahupun dalam industri nyanyian.

Format Big Stage Musim 5 masih mengekalkan format asal. Penjurian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nasib peserta akan ditentukan berdasarkan permarkahan oleh juri profesional dan undian oleh peminat secara dalam talian. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan akan ditentukan oleh juri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan semasa konsert mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian, peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.

Big Stage Musim 5 lebih menarik kali ini Big Stage tidak hanya menampilkan penyanyi solo malah ada juga peserta duo dan berkumpulan.

Big Stage Bootcamp

Istimewa menjelang Big Stage musim kelima, sebuah program khas yang memaparkan barisan peserta Big Stage 5 buat pertama kalinya di kaca TV bakal ditayangkan Syawal nanti iaitu pada 29 April & 30 Jun.

Para peserta akan ditempatkan di sebuah rumah besar bergelar The Big House dan di situ jugalah mereka akan belajar dan menerima cabaran-cabaran yang akan menyerlahkan lagi karakter mereka kepada penonton

Baca juga : Travelawak : Projek Bapak Bapak

Pengacara Big Stage Musim 5

kak lina pompom

Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai kak lina pom pom merupakan pengacara baharu yang telah dilantik untuk menjadi hos Big Stage 2023 ini. Pengacara yang popular ketika ini dan pengalaman dalam mengemudi banyak acara-acara besar di Astro. Kak Lina Pom Pom ternyata unggul dengan membuktikan bahawa dia adalah hos

Senarai Juri Tetap Big Stage 2023

Barisan juri turut melihat muka-muka baharu. Aina Abdul, antara penyanyi yang menjadi aspirasi untuk bakat-bakat muda, menggalas tugasan menjuri perserta-peserta muda. Dia adalah ikon, dan pastinya kata-kata memberangsangkan mereka untuk menjadi hebat lagi,” katanya.

Manakala seorang juri lagi akan diperkenalkan di konsert minggu pertama

Senarai Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Seramai 14 bintang BBNU yang bakal bersaing di musim 5 Big Stage terdiri daripada 10 artis baru dalam industri muzik Malaysia dan 4 bintang dari Korea, Singapura dan Brunei

Antara nama-nama peserta big stage yang akan bersaing bagi musim ini adalah ;

senarai peserta big stage musim 5
  • Isaac Voo
  • Firdaus Rahmat
  • Meer Nash
  • Naufal Azrin
  • Aufahanie
  • Puteri Khareeza
  • Putera Muhammad
  • Nadeera Zaini
  • Dem Lepak Boyz (Duo)
  • COEX (Peserta berkumpulan yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan)

Manakala senarai empat bintang lain peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak

Peserta-peserta ini juga ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal

Udian Big Stage

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Lagu Tema Big Stage Musim 5

Buat pertama kalinya, edisi kali ini Big Stage 5 turut mengeluarkan lagu tema rancangan, istimewa buat edisi terbaharu ini yang berjudul Big Stage .

Lagu tema yang bergenre pop dan futuristik ini diterbitkan oleh PERSATUAN serta digubah oleh Shazee Ishak dan Audi Mok daripada Replay Music Sdn Bhd yang akan dinyanyikan oleh semua barisan peserta Big Stage musim 5.

Siaran Langsung

Big Stage 2023 Musim 5 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023 dan akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!