Biodata & Latar Belakang Amir The Chosen One, Penyanyi Cilik Berbakat

Bahang pentas akhir bagi program realiti The Chosen One makin terasa. Program realiti nyanyian ini mengumpulkan bakat-bakat muda yang viral di media sosial dan sudah mula bersiaran sejak 6 September lalu.

Kini, tinggal empat finalis yang bakal merebut gelaran juara iaitu Amir, Raja Dayana, Erika dan Khalyn.

amir the chosen one

Selain merupakan finalis lelaki tunggal, Amir Sisi juga mendapat perhatian warganet atas bakat nyanyiannya yang luar biasa sehingga mampu menyentuh hati penonton dan para juri.

Di sebalik populariti penyanyi cilik ini, pasti ramai yang belum kenali siapa sebenarnya Amir bin Sisi. Oleh itu, jom kita kenali adik Amir The Chosen One dengan lebih dekat!

amir the chosen one

Biodata Amir The Chosen One

Nama Penuh : Amir bin Sisi

Nama Pentas : Amir

Nama Gelaran : Unuk  

Umur : 12 tahun

Bangsa : Orang Asli

Agama : Islam

Adik-beradik : Azrul, Shaidin

Asal : Pos Kemar, Gerik, Perak

Pendidikan : Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar, Gerik, Perak

Instagram : @amirsisi_unuk.official

Latar Belakang Amir The Chosen One

Amir The Chosen merupakan seorang murid dari SK RPS Pos Kemar, Gerik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Kebolehan adik Amir bin Sisi mula dikesan dan diasah oleh guru-guru di sekolah Amir. Beliau banyak menyanyikan lagu nasyid di sekolah.

Bahkan sebuah video klip ketika beliau sedang berlatih menyanyikan lagu nasyid turut tersebar dan menyentuh hati ramai warganet.

@alongzam_78

Merdu Nyanyian Adik Amir Murid Orang Asli Dari Sk RPS Kemar Gerik.#kamisempoi #fyp #fypシ

♬ original sound – Sabella Sis Zam – Sabella Sis Zam

Kini, para gurunya kekal memberikan sokongan dan kerap mempromosikan kegiatan Amir di pelbagai platform media sosial di bawah nama Termoj Production.

Adik Amir juga telah mendapat perhatian warganet apabila videonya nyanyiannya apabila merangkul gelaran juaran bagi Festival Fitrah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2022 (JAFOA) tular di media sosial.

@waheedafazira

Replying to @user36922417961888 Adik Amir jd Johan ☺️ #amirsisi #thechoosenone

♬ original sound – Waheeda Fazira – Waheeda Fazira

Amir dilihat sebagai antara calon yang paling menyerlah dalam program realiti nyanyian yang bersiaran di Astro Ceria iaitu The Chosen One.

Vokalis rock legenda tanah air, Datuk Awie juga didapati tidak mampu menahan sebak apabila Amir Sisi menyanyikan lagu Sesungguhnya (Raihan) dengan penuh perasaan. Dalam persembahan minggu pertama itu, adik Amir digandingkan dengan jurulatihnya iaitu Putera Muhammad.

amir the chosen one

Setelah tamat membuat persembahan, Datuk Awie serta para juri lain iaitu Datuk AC Mizal dan Jihan Muse juga turut berdiri dan memberikan tepukan penghormatan kepada Amir.

Ternyata, suara Amir yang merdu dan unik mampu memukau para juri dan penonton.

https://www.tiktok.com/@asampedaskaw2/video/7280908220485340417?lang=en

Menurut Datuk AC Mizal, persembahan serta aura Amir yang luar biasa juga mengingatkan beliau kepada seorang lagi penyanyi bersuara merdu yang pernah menggegar Malaysia iaitu Mawi.

Video-video nyanyian adik Amir antaranya lagu Tiara dan Untukmu Ibu juga telah menjadi bualan hangat netizen. Rata-rata ramai memuji bakat penyanyi cilik ini.

https://www.tiktok.com/@asampedaskaw2/video/7283498502703844609?lang=en

Sama-sama kita berikan sokongan kepada adik Amir dan peserta lain yang akan berentap dalam Konsert Grand Final The Chosen One yang akan bersiaran pada 25 Oktober 2023 (Rabu) jam 9.00 malam di Astro Ceria, Astro Prima dan Astro On Demand.

Bagi yang ketinggalan anda boleh menonton siaran ulangan di Astro Ceria pada hari Khamis (3.00 petang), Khamis (9.00 malam) dan Sabtu (9.00 malam). Anda juga boleh saksikan siaran ulangan di On Demand.

Baca Juga : The Chosen One Final 2023 Siaran Langsung Konsert Minggu 6

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!