TEKUN Nasional | Cara Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM 3000
TEKUN Nasional | Cara Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM 3000 ~ Sukacita dimaklumkan, Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional kini dibuka untuk permohonan. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dan cara permohonan.
TEKUN Nasional, Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang mempunyai premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.
Bantuan ini berbentuk one-off dan tidak perlu dibayar semula bagi membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.
Syarat Permohonan
- Geran ini disediakan untuk;
- Perniagaan informal – iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Perniagaan mikro – iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
- Premis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.
NOTA: Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan individu
- Salinan Penyata bank individu
- Salah satu daripada laporan berikut:
- Laporan Polis
- Bomba
- NADMA
- Agensi MEDAC
- Pemimpin Tempatan
- Penghulu
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
- Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )
- Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan
Tarikh Akhir Permohonan
Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut:
- Secara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
- Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara.
- Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://tinyurl.com/geranbbkm
ATAU, kunjungi cawangan TEKUN di: https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/
Rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah: