Muar River Cruise : Harga Tiket, Waktu Operasi

Muar River Cruise : Harga Tiket, Waktu Operasi

Muar merupakan salah satu daedah di negeri Johor yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Sejak diisytiharkan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012, Muar masih mengekalkan nilai sejarah serta warisannya. Sekaligus, ia juga menjadi tarikan khas bagi Bandar Maharani ini.

Selain menawarkan pelbagai hidangan yang lazat, Muar juga mempunyai banyak tarikan pelancong yang wajib dikunjungi.

Antara lokasi yang wajib singgah sudah semestinya Muar River Cruise.

Perjalanan bot yang mengambil masa sekitar 30 minit ini pasti tidak akan terasa kerana penumpang akan terbuai dengan pemandangan indah serta air sungai yang bersih.

Selain itu, tarikan pelancong popular ini juga bakal mendedahkan penumpang bot kepada sejarah dan latar belakang Bandar Maharani ini.

Antara kawasan yang dilalui termasuklah beberapa mercu tanda tumpuan seperti Istana Persinggahan Muar, Bangunan Sultan Ibrahim, Jambatan Sultan Ismail, menara jam yang telah bertapak sejak tahun 1909 dan Masjid Jamek yang telah berdiri sejak tahun 1880an.

Muar River Cruise

Jika bernasib baik, penumpang juga dapat melihat kegiatan penduduk setempat yang menjala ikan dan menyelam untuk mencari tiram di dasar sungai.

Boleh memuatkan dari 15 hingga 40 penumpang dalam satu perjalanan, pelanggan tidak perlu membuat tempahan awal.

Sebaliknya, mereka boleh terus walk-in ke Jeti Tanjung Emas, Muar. Untuk makluman, jeti ini juga menjadi titik permulaan bagi perjalanan river cruise.

Muar River Cruise

Muar River Cruise

Berikut dikongsikan butiran lengkap mengenai Muar River Cruise :

Alamat : Jalan Tanjung 4, Taman Emas, 84000 Muar, Johor

Hari Operasi : Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Waktu Operasi : 9.30 pagi – 5.30 petang

Rehat : 12.30 pm – 2.30 pm

Tempoh Perjalanan : 30 minit

Harga Tiket

  • Dewasa (13 tahun ke atas) : RM 20.00
  • Kanak-kanak (2 tahun-12 tahun) : RM 15.00
  • Bukan warganegara : RM 30.00

Selain menaiki river cruise, pengunjung juga boleh bersiar-siar atau beriadah di sekitar laluan pejalan kaki di tebing sungai sambil menikmati panorama indah Sungai Muar.

Dataran Tanjung Emas juga lengkap dengan pelbagai kemudahan awam termasuklah trek jogging, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.

Pada cuti hujung minggu dan cuti umum, kawasan ini sering padat dengan kunjungan pelancong dari jauh dan dekat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan lebih awal.

Muar River Cruise

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :

No. Telefon : 013-669 2263

E-mel : [email protected]

Facebook : https://www.facebook.com/rivercruiseinmuar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!