Mic On Selebriti 2023 : Peserta, Waktu Siaran & Pautan Live

Mic On Selebriti 2023 : Barisan Peserta, Waktu Siaran & Pautan Live

Setelah bersiaran selama dua musim, program realiti TV Mic On kembali dengan edisi yang lebih menarik.

Kali ini, penonton bakal disajikan dengan pertembungan sengit antara pelakon bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM 250,000.

Rancangan ini bakal dikendalikan oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran sebagai hos untuk musim ini.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai rancangan Mic On Selebriti 2023.

Baca Juga : Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta & Juri Tetap

Barisan Peserta Mic On Selebriti 2023

12 peserta yang terdiri daripada para pelakon yang berentap untuk membuktikan bakat masing-masing adalah berikut :

  1. Zul Huzaimy
  2. Fauzi Nawawi
  3. Johan As’ari
  4. Namie
  5. Chiwan
  6. Ammar
  7. Anas Ridzuan
  8. Sherry Ibrahim
  9. Mona Allen
  10. Elly Arifin
  11. Afifah Nasir
  12. Amyza Aznan
Mic On Selebriti

Sementara itu, 3 penyanyi terkenal tanah air telah diberikan tanggungjawab selaku manager bagi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang selebriti.

3 penyanyi tersebut adalah :

  1. Black Hanifah
  2. Hazama
  3. Aepul Roza
Mic On Selebriti

Cabaran utama yang membuatkan program ini lebih menarik adalah tugasan mingguan yang akan dipersembahkan dan dinilai oleh barisan juri.

Juri yang bakal menilai peserta adalah :

  • Erra Fazira
  • Dato’ Acis
  • Dato’ Aaron Aziz
Mic On Selebriti

Sistem Pemarkahan Mic On Selebriti

Untuk makluman, sistem pemarkahan program ini akan diadili 100% oleh pihak juri berdasarkan tiga komponen utama iaitu aspek vokal (50%), persembahan (30%) dan kreativiti (20%). Markah selebriti tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti terendah.

Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah pula akan mara ke pusingan penyingkiran. Selebriti yang tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk saksikan Mic On Selebriti pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112 serta siaran ulangan di saluran yang sama pada hari Ahad, 12.30 tengah hari.

Pautan Live / Youtube

Penonton boleh saksikan live stream bagi Konsert Mic On! Selebriti di saluran Youtube Awesome TV.

Anda juga boleh tonton video persembahan penuh dan Fan Cam di saluran Youtube Muzik Buzz / F8 Muzik.

Keputusan Terkini Mic On Selebriti

Minggu Pertama

Peserta markah tertinggi : Amyza Aznan

Peserta tersingkir : Tiada penyingkiran

Minggu kedua

Peserta markah tertinggi : Zul Huzaimy

Peserta tersingkir : Mona Allen

Minggu ketiga

Peserta markah tertinggi : Zul Huzaimy

Peserta tersingkir : Tiada penyingkiran

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai rancangan Mic On Selebriti, sila ikuti laman Facebook Awesome TV dan F8Buzz .

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!