Pakej Keluarga Malaysia KTMB 2022 : Diskaun 25% Tiket KTM Intercity dan ETS Seluruh Negara

Pakej Keluarga Malaysia KTMB : Diskaun 25% Tiket KTM Intercity dan ETS Seluruh Negara ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi diskaun Pakej Keluarga Malaysia bagi perkhidmatan KTM Intercity dan tren elektrik (ETS) kini dibuka.

Pakej diskaun ini digerakkan oleh kerajaan bagi membantu pulihkan ekonomi negara. Melalui program ini, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal sebagai pilihan utama.

Melalui pakej ini, pemohon akan nikmati diskaun tambang perjalanan sebanyak 25%.

Pakej Keluarga Malaysia KTMB

Baca Juga : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang

Tempoh Tawaran Diskaun Pakej Keluarga Malaysia KTMB

Untuk makluman, tawaran diskaun ini adalah sah bagi perjalanan sepanjang 14 Februari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Penggunaan Pakej Keluarga Malaysia KTMB

Untuk makluman diskaun Pakej Keluarga Malaysia KTMB boleh digunakan seperti berikut :

  • Pengguna boleh beli minima empat (4) tiket dalam satu transaksi pembelian (dewasa atau kanak-kanak).
  • Tiket boleh dibeli untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan.

Cara Pembelian Pakej Keluarga Malaysia KTMB

Untuk dapatkan tawaran diskaun 25% melalui pakej ini, anda boleh buat pembelian menggunakan kod promo KMKTMB2 .

Pengguna boleh membuat pembelian tiket melalui salah satu kaedah berikut :

Aplikasi KTMB Mobile (KITS)

Laman sesawang KTMB

Untuk pembelian tiket secara online, pilih tarikh, masa dan masukkan kod promo untuk dapatkan diskaun.

Menerusi pakej ini, KTMB mensasarkan peningkatan jualan tiket sempena cuti sekolah yang akan datang pada bulan Mac dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei nanti.

Buat semua rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi ini dan rancanglah destinasi percutian anda yang seterusnya.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03 2267 1200 atau layari laman media rasmi KTMB untuk perkembangan terkini.

Diharap tawaran diskaun istimewa dapat memberikan manfaat kepada ramai warga Malaysia untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.

Sebagai pengguna kita juga perlu berikan kerjasama dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan kekalkan penjarakan untuk kesejahteraan bersama.

KTM terus komited dalam memastikan semua penumpang sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!