Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 (Mac 2022) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperuntukkan dana untuk Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar (RM100, one-off), lebih kepada 400,000 guru sekolah KPM.

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022. 

Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 

Insentif Alat Bantuan Mengajar adalah merupakan ini  inisiatif pihak kerajaan untuk membantu guru-guru. Hal ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam perkembangan terkini, pembayaran insentif sekali bayar (One-Off) akan dibuat kepada guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu surat rasmi oleh Ketua Setiausaha KPM.

Insentif Alat Bantuan Mengajar

Kelayakan Insentif Alat Bantuan Mengajar 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:

  • Prasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia), Sekolah Reendah dan Sekolah Menengah
  • Kolej Vokasional
  • Kolej Tingkatan 6
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPM
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Pembayaran ini TIDAK LAYAK diberikan kepada:

  • Lantikan MyStep
  • Guru SABK lantikan Kerajaan Negeri
  • Guru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022
  • Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021
  • Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021
  • Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021
  • Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/ms/ 

Soalan Lazim

Bersama ini dilampirkan Soalan Lazim berkenaan pembayaran insentif ini untuk rujukan semua.

NOTA:

Menurut Soalan Lazim yang dilampirkan, guru yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan TIDAK LAYAK menerima Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar ini. (Sila rujuk Soalan Lazim No.6 dalam lampiran di bawah)

Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022
Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!