PKSK 2021/2022: Tarikh-Tarikh Penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Ting. 1 & 4

PKSK 2021/2022: Tarikh-Tarikh Penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Ting. 1 & 4 ~ Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bagi menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) iaitu;

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point.
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

Jenis sekolah khusus:

1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)

4. Kolej Vokasional (KV)

5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Permohonan telah dibuka bermula 10 Oktober 2021 sehingga 15 November 2021. Untuk memohon, sila klik pautan berikut: 

Tarikh-Tarikh Penting PKSK Ting. 1 & 4

Berikut ialah  tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021/2022 yang telah diumumkan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohon semua ibubapa/penjaga murid ambil maklum ya. 

PKSK
  1. Semakan Pusat PKSK 1 & PKSK 4: Mulai 1 Disember 2021

2. Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh dibuat melalui pautan:

3. Pelaksanaan PKSK: 

  • Tingkatan 1: 17 – 27 JANUARI 2022
  • Tingkatan 4: 7- 17 FEBRUARI 2022

4. Keputusan Pemilihan Sekolah Khusus 2022 : Diumumkan pada 15 Mac 2022.

5. Tarikh Rayuan dibuka:

Persediaan Membuat Permohonan

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Persediaan Semasa Membuat Pentaksiran

(Sila rujuk gambar)

PKSK

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila layari https://www.moe.gov.my/, atau rujuk laman media sosial KPM seperti berikut;

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!