UKKM MRSM 2024 : Tarikh Ujian,Format Soalan, Semakan & Tips

Semakan Tarikh Ujian UKKM 2024, Format Soalan & Tips Terkini

Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) ialah ujian piawai yang digunakan untuk menilai kebolehan pelajar untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ia menjadi syarat kepada semua pelajar yang ingin memohon ke MRSM, tanpa mengira prestasi akademik mereka sebelum ini.

Selain daripada calon pelajar perlu lulus Ujian UKKM, kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2024, ialah pelajar merupakan keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES)

Pengenalan

Bagi ibu bapa, calon yang bertanya tentang apa itu ujian UKKM? Jom tonton sedikit perkongsian daripada Dr Zulkifli Hussain

Tarikh Ujian UKKM 2024

tarikh ujian ukkm 2024
Sumber : Facebook Dr.Asyraf Wajdi Dusuki

UKKM 2024 dijangka diadakan pada 1 November 2023. Ujian ini akan meliputi mata pelajaran berikut:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Ujian Personaliti

Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan

Semakan

Semakan bagi kemasukan UKKM MRSM 2024, boleh dbuat secara online dengan mengikut cara berikut ;

  • Semakan UKKM Tingkatan 1
    • Layari http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk
    • Pada paparan seterusnya, anda boleh melihat status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan
  • Semakan UKKM Tingkatan 4
    • Layari https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
    • Log masuk dengan masukkan nombor kad pengenalan
    • Pada paparan seterusnya, anda boleh melihat status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan

Peringatan : Sila cetak keputusan ujian UKKM anda. Keputusan ujian perlu di bawa ketika menghadiri ujian

Syarat Kelayakan

Untuk layak ke UKKM 2024, pelajar mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir antara 2 Januari 2011 dan 1 Januari 2012 untuk pemohon Tingkatan 1 (Tingkatan 1), atau antara 2 Januari 2008 dan 1 Januari 2009 untuk pemohon Tingkatan 4 (Tingkatan 4).
  • Berada dalam kesihatan fizikal dan mental yang baik
  • Datang daripada keluarga berpendapatan rendah, berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio-Ekonomi (SES).

Cara Memohon UKKM 2024

Permohonan untuk UKKM bagi kemasukan MRSM 2024 telah pun ditutup pada 20/10/2023

Format Soalan

format ujian ukkm

Bagi persedian awal, format soalan ujian UKKM adalah seperti berikut ;

MATEMATIK
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

BAHASA MELAYU
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

SAINS
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

KEPERIBADIAN
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif

Sebagai persedian, calon juga boleh dapatkan set ujian ukkm ini

Tips Persediaan UKKM 2024

Sebagai tambahan, persediaan untuk anak-anak menjawab ujian UKKM nanti, Jom tonton sedikit tips dari Dr. Zul dan kongsikan kepada anak-anak

Selain itu, berikut adalah beberapa tips untuk persediaan calon UKKM 2024:

  • Mulakan awal dan belajar selalu.
  • Semak kerja sekolah anda sebelum ini dan pastikan anda memahami semua konsep.
  • Berlatih menyelesaikan masalah matematik dan sains.
  • Tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dengan membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris sebanyak mungkin.
  • Ambil latihan ujian untuk merasai format ujian dan jenis soalan yang ditanya.

Dokumen Perlu Dibawa Semasa Ujian UKKM

tips ukkm mrsm 2024

Sila pastikan, anda menyediakan dokumen dan perkara-perkara berikut untuk dibawa ketika hadir ke dewan ujian nanti

  1. 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE
  2. Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)
  3. 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
  4. 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  5. Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)
  6. Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).

Nota : Bagi calon tingkatan 1, sila rujuk kepada guru kelas tahun enam atau sekolah rendah anak-anak anda untuk mendapatkan Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pakaian

Pakaian Untuk Menghadiri UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal /Ujian Khas IGCSE.

Calon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ berpakaian kemas dan berkasut serta mematuhi peraturan-peraturan semasa berada di pusat ujian.

Manakala telefon bimbit dibenarkan untuk dibawah.

Namun calon diingatkan agar tidak menyalahgunakan telefon pintar semasa ujian sedang berlangsung.

Calon yang ditangkap meniru/ menipu /menyalahgunakan telefon pintar/gajet semasa ujian berlangsung akan dihalang daripada menduduki ujian dan seterusnya disenarai hitam untuk kemasukan MRSM

Keputusan Ujian UKKM 2024

Keputusan UKKM 2024 dijangka dikeluarkan pada Mac 2024. Pelajar boleh menyemak keputusan mereka secara online melalui laman web MARA.

Tawaran kemasukan ke MRSM dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Keputusan Ujian UKKM
  • Status SES
  • Faktor lain, seperti aktiviti kokurikulum dan anugerah

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!