Cara Membuat Permohonan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2022

Permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2022 ~ Sesi persekolahan akan dimulakan semula tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Bahagian Pendidikan Islam), mempelawa anak-anak dari seluruh Malaysia (khususnya kelahiran negeri Johor) untuk mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor. 

Murid-murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor boleh membuat permohonan secara atas talian (online). 

Pendaftaran secara atas talian (online) akan dibuka bermula 1 Disember 2021 (Rabu) sehingga 21 Disember 2021 (Selasa).

Sekolah Menengah Agama

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

  • Warganegara Malaysia (terutamanya berasal di negeri Johor).
  • Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010.
  • Hendaklah melepasi saringan awal sebelum layak untuk ujian kelayakan seterusnya.

Senarai Sekolah-Sekolah Yang Ditawarkan & Jenis Pengajian

  • Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) : Pengajian dijalankan di Maahad Johor berteraskan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu hafazan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Maahad Johor Lil Banat (MJLB) – beroperasi sementara waktu di SMAKJ : Pengajian dijalankan di Sek. Men. Agama Kerajaan Johor, Kluang berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan dan Kurikulum Bersepadu Azhari (KBA) serta hafazan 15 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) : Pengajian berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Kurikulum Bersepadu Azhari (KBA) serta hafazan 15 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Sekolah Maahad Pontian (MP) : Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR) : Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 
  • Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG) :  Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan bermula Tingkatan 1 hingga 5 dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta hafazan Al Quran 2 juzuk setahun

Cara Membuat Permohonan

NOTA: Sila rujuk Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian(online) : [KLIK SINI]

Senarai Tarikh-Tarikh Penting

Berikut ialah antara tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil tahu:

  • 1 Dis – 21 Dis 2021: Permohonan secara dalam talian (online) dibuka.
  • 26 Dis – 31 Dis 2021: Semakan ke ujian kelayakan.
  • 3 Jan – 6 Jan 2022: Ujian kelayakan dijalankan di sekolah yang ditentukan.
  • 16 Jan – 20 Jan 2022: Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan.
  • 30 Jan – 3 Feb 2022: Semakan dan pengesahan calon berjaya rayuan.
Sekolah Menengah Agama

NOTA:  Ujian Kelayakan (3 Jan – 6 Jan) akan disertai oleh pemohon yang telah disenarai pendek berdasarkan markah merit tertinggi. Ujian Kelayakan terbahagi kepada tiga bahagian; [KLIK SINI]

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://daftar-smanj.net/t1/2022/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!