Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022

Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) membuka Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022. JPKM merupakan singkatan bagi Jelajah Pendidikan Kelaurga Malaysia. Bantuan JPKM ini, khusus untuk membantu keluarga golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.

 

PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair.

PRIHATIN diurustadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dan diperbadankan melalui Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ). Kekuatan PRIHATIN dapat diterjemah dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan CSR dan juga program kepimpinan di kalangan mahasiswa, belia dan usahawan muda. Hal ini adalah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan anak muda dalam menyelusuri kehidupan yang semakin mencabar.

PRIHATIN tidak mempunyai sumber kewangan utama yang tetap dan bagi memastikan dana yang mencukupi, PRIHATIN sentiasa mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada individu, agensi kerajaan, sektor swasta dan sebagainya.

 

Jenis Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022

Terdapat 4 kategori bantuan yang boleh di mohon, iaitu ;

  • Bantuan wang pendahuluan/pendaftaran
  • Bantuan cermin mata percuma
  • Sumbangan laptop maiwp (hanya untuk anak wp sahaja)
  • Bantuan kelengkapan asas (hanya untuk anak wp sahaja)

Baca juga : Permohonan iBAKIPT 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap
    tidak akan diproses.
  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.

 

Dokumen Sokongan

Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan penyata bank
  • Bil yuran pelajar (jika berkaitan)
  • Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta

* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.

 

Cara Mohon Bantuan Awal Pendidikan JPKM

  • Dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN
  • Muat turun borang permohonan pada pautan https://www.yayasanprihatin.com/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-BANTUAN-JPKM.pdf
  • Lengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022
  • Dapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)
  • Penghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:

SEKRETARIAT JPKM 2022

Yayasan Prihatin Nasional,
No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,
40170, Setia Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: +603-3358 8612

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Pendidikan Awal JPKM 2022, anda boleh jayari website berikut https://www.yayasanprihatin.com/ atau anda juga boleh hubungi melalui

Email: [email protected] ,

Whatsapp: 012-2788612 ,

No. Telefon: +603-3358 8612

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!