YP MAIDAM Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT

Terkini  bantuan tambang penerbangan pelajar IPT telah dibuka. Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan bantuan ini untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.

Pelajar yang beminat perlu membuat permohonan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian. Syarat dan cara permohonan bantuan tambang penerbangan pelajar ipt adalah seperti di bawah.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.
  4. Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  5. Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  6. Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
  7. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  8. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  9. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  10. Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  11. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.

Cara Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM

bantuan tambang penerbangan pelajar ipt maidam

Senarai Semak Dokumen

  1. Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
  2. Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan
    pengajian sepanjang tempoh pengajian.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
    dalam tanggungan.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  5. Salinan asal tiket kapal terbang.
  6. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
    Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga
    (3) tahun berturut-turut.
  7. Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
  8. Slip permohonan.

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.

**Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, anda boleh layari website https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam atau anda juga boleh hubungi pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM melalaui Email : [email protected] / [email protected] atau No. Tel : 09-6223500 / 096225600

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!