e-Spbt KPM: Cara Muat Turun Buku Teks Digital Dengan Mudah

e-Spbt KPM: Bantuan buku teks merupakan salah satu bantuan khas kepada pelajar sekolah untuk mendapat akses buku teks pelajaran mengikut subjek secara percuma. 

Bantuan ini memberi “pinjaman buku teks” kepada pelajar yang kurang mampu untuk membeli buku teks bagi kegunaan di sekolah. Buku teks ini kemudian akan dipulangkan semula kepada pihak sekolah setelah tamat sesi persekolahan pada tahun tersebut. 

Skim pinjaman buku teks (SPBT) ini diwujudkan bagi meringankan beban kos dikalangan ibu bapa untuk beli buku teks yang baru setiap tahun.  Bantuan ini telah diperluaskan kepada ke beberapa jenis sekolah yang lain termasuk sekolah menengah agama kerajaan negeri dan juga sekolah menengah agama rakyat.

Buku Teks Digital 

Sebelum ini, Skim pinjaman buku teks (SPBT) memberi pinjaman buku teks fizikal kepada pelajar-pelajar yang layak.

Namun kini, bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan secara online.

Ini bermaksud, para pelajar boleh muat turun buku teks yang mereka perlukan mengikut keperluan sesi persekolahan secara atas talian.

Buku teks digital ini disediakan untuk semua tahap dari Tahun 1 sehinggalah Tingkatan 5. Semua pelajar Tahun 1 – Tingkatan 5 boleh menggunakan kemudahan ini. 

Cara Muat Turun Buku Teks Digital Melalui e-Spbt KPM 

**(Pengguna bagi sistem ini terdiri daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urusetia sistem)

1. Sila layari espbt.moe.gov.my untuk mendapatkan akses sistem pesanan Buku Teks Digital secara atas talian. 

2. Untuk daftar masuk (login), sila masukkan kod sekolah anda dan kata laluan (password). 

3. Pastikan sebelum anda lakukan pesanan secara online, muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut. 

4. Sila pastikan anda mengemaskini maklumat anda di bahagian ‘PROFILE‘ sebelum melakukan pesanan. 

5. Klik ‘PRA PESANAN’ dan muat turun ‘Borang Maklumat Stok Buku’. Lengkapkan borang tersebut. 

6. Penting: ENROLMEN MURID perlu dilakukan untuk mengesahkan murid yang mana mendapat buku ini. Anda juga digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome untuk mengakses ke sistem ini dengan lebih mudah. 

Pautan (link) Buku Teks Digital

Anda boleh memuat turun buku teks digital melalui pautan di bawah; Tahun 1-6, Tingkatan 1-5. Sila dapatkan akses daripada pihak sekolah/guru anda.  

SENARAIPAUTANNYA
SALURAN PERTAMAwww.textbook.moe.gov.my (TELAH DITUTUP)
SALURAN KEDUAhttps://drive.google.com
e-spbt kpm
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!