Contoh Surat Akuan Bujang Yang Ringkas & Mudah

Surat Akuan Bujang adalah salah satu dokumen yang diperlukan bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Untuk makluman, beberapa negeri di Malaysia mewajibkan pasangan untuk menyertakan Surat Akuan Bujang bagi melengkapkan proses sebelum perkahwinan berlangsung.

Sebagai contoh di Sabah, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menyertakan 2 salinan Surat Akuan Bujang bagi lelaki dan perempuan yang boleh dirujuk dalam pautan berikut https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/orang-awam/perkahwinan

Ini bagi memastikan mereka yang bakal mendirikan adalah disahkan bujang dan tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dengan orang lain.

Oleh itu, bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlu menyediakan surat akuan tersebut untuk memudahkan proses mereka di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.

Tempoh Sah Surat Akuan

Untuk makluman, surat akuan ini hanya sah untuk digunakan selepas selesainya perkahwinan pasangan terbabit.

Selepas pasangan tersebut berkahwin, surat akuan ini tidak lagi sah digunakan untuk perkara-perkara yang lain.

Surat akuan ini juga tidak boleh untuk disalah guna bagi tujuan-tujuan yang lain.

Pengesahan Surat Akuan

Untuk menegsahkan Surat Akuan Bujang ini, lazimnya terdapat dua pihak yang boleh membuat pengesahan terbabit iaitu:

  • Majikan
  • Pesuruhjaya Sumpah

Majikan boleh mengesahkan seseorang pekerjanya adalah bujang di dalam surat akuan tersebut.

Namun, sekiranya seseorang tidak mempunyai majikan seperti pelajar atau mereka yang bekerja sendiri, surat akuan tersebut boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang berhampiran.

Butiran Surat Akuan

Untuk surat akuan yang ringkas dan mudah, butiran yang wajib ada dalam surat akuan tersebut adalah seperti berikut:

  • Penerima surat (Jabatan Agama)
  • Nama individu
  • No kad pengenalan individu
  • Pengesahan bujang dan belum berkahwin
  • Tandatangan majikan
  • Cop majikan

Contoh Surat Akuan

Contoh surat akuan yang boleh dijadikan contoh untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga adalah seperti berikut:

i) Contoh 1 (Pengesahan Majikan)

ii) Contoh 2 (Pengesahan Persuruhjaya Sumpah)

Bacaan Lanjut

Untuk mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai surat-surat akuan oleh pihak peguam, anda boleh menonton video di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=Y_gUyQIQmc8&t=149s

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!