Border Pass Malaysia : Cara Mohon, Syarat & Had Perjalanan

Selain pasport, tahukah anda bahawa rakyat Malaysia boleh merantau ke menggunakan Border Pass yang jauh lebih murah?

Namun, keistimewaan ini tidaklah terbuka kepada semua. Sebaliknya, pemohon perlulah menepati beberapa kriteria untuk layak memohon pas sempadan ke Thailand ini.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Ayuh ikuti perkongsian kami di bawah.

Border Pass Malaysia

Baca Juga : MySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura

Apa Itu Border Pass Malaysia?

Border pass merupakan satu lagi kemudahan yang ditawarkan bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand.

Namun, permohonan bagi dokumen perjalanan ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di beberapa buah negeri di utara Malaysia sahaja.

Untuk makluman, pas sempadan ini hanya dikeluarkan kepada warganegera Malaysia yang lahir atau bermastautin melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

Secara ringkasnya, permohonan pas sempadan ini terbuka kepada dua golongan rakyat Malaysia iaitu :

Golongan 1 :

  • Pemegang kad pengenalan 03, 08, 09 dan 02

Golongan 2:

  • Bukan pemegang kad pengenalan Golongan 1, tetapi menetap LEBIH SETAHUN di Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.
  • Sudah tukar alamat di kad pengenalan, baru boleh memohon.

Had Perjalanan

Walaupun Border Pass ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memasuki Thailand secara sah, namun perjalanan mereka adalah terhad.

Pemohon perlu ingat bahawa pas sempadan ini hanya sah untuk pergerakan dari sempadan ke kawasan selatan Thailand atau lebih spesifik lagi di wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani sahaja.

Dengan erti kata lain, rakyat Malaysia yang ingin merantau ke kawasan yang lebih jauh masih perlu menggunakan pasport.

Tempoh Sah Border Pass

Boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan, border pass ini mempunyai tempoh sah laku selama 1 tahun dari tarikh dikeluarkan.

Pemohon tidak boleh lanjutkan tempoh sah laku. Sebaliknya, setiap pemohon perlulah mendapatkan pas baharu sebaik sahaja pas sempadan mereka telah tamat tarikh tempoh.

Cara Mohon Border Pass Malaysia

Untuk makluman, permohonan bagi border pass tidak boleh dibuat secara online. Selain itu, ia juga boleh dibuat di Imigresen negeri sempadan.

  • Pemohon yang berkelayakan boleh hadirkan diri di ke Jabatan Imigresen Malaysia atau Pusat Imigresen UTC negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti yang dinyatakan di atas.
  • Ambil nombor giliran.
  • Lengkapkan borang permohonan border pass.
  • Serahkan borang permohonan bersama dokumen sokongan serta gambar.
  • Lakukan pengesahan cap jari dan buat pembayaran RM 10.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut berdasarkan kategori umur :

Untuk Pemohon Berumur 12 Tahun ke Bawah

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan :
  • latar belakang putih
  • Rambut tidak menutupi dahi
  • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)

2. Borang permohonan

3. Sijil kelahiran

4. Borang A1/B1 – borang kebenaran ibu bapa

Nota : Pemohon mesti ditemani ibu atau bapa

Untuk Pemohon Bawah 18 Tahun:

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan :
  • latar belakang putih
  • Rambut tidak menutupi dahi
  • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)

2. Borang permohonan

3. Kad pengenalan

4. Borang A1/B1 – borang kebenaran ibu bapa

5. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)

Untuk Pemohon 18 Tahun ke Atas:

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon dengan :
  • latar belakang putih
  • Rambut tidak menutupi dahi
  • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)

2. Borang permohonan

3. Kad pengenalan

4. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)

5. Suami isteri perlu memohon border pass secara berasingan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan Border Pass Malaysia, sila rujuk kepada pegawai imegresen yang bertugas atau rujuk maklumat melalui saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!