Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022

Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022 ~Sukacita dimaklumkan Air Selangor telah mengumumkan pengecualian 100% bayaran bil air bulan Januari bagi pengguna yang terkesan bencana banjir di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengecualian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Baca Juga : Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir

Tidak hanya itu, Air Selangor turut memanjangkan pengecualian kepada para pelanggan dengan akaun Domestik (Kod Tarif 10) yang terkesan banjir di Kuala Lumpur bagi meringankan beban penduduk bermastautin di sana.

Bagi menikmati pengecualian ini, warga Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat banjir bolehlah semak senarai kawasan yang layak mendapat pengecualian seperti yang diwar-warkan oleh Air Selangor.

Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor

Tempoh Pengecualian

Para pengguna yang menetap di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir bakal menerima pengecualian bayaran bil air selama 1 bulan secara automatik.

Pengguna yang layak tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan atau mengisi borang kepada Air Selangor bagi melayakkan diri mendapat pengecualian ini.

Sepanjang tempoh pengecualian bayaran bil air, bil bulanan pengguna akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor.

Pengguna yang layak mendapat pengecualian juga tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.

Senarai Kawasan Yang Layak Mendapat Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor & Kuala Lumpur Januari 2022

Senarai kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang layak mendapat pengecualian bayaran bil air selama 1 bulan boleh dirujuk melalui pautan Lampiran A di bawah :

Lampiran A

Air Selangor berharap pengecualian sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesulitan dan meringankan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau layari laman komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, laman Facebook, Instagram serta Twitter.

Pengguna juga boleh semak Soalan Lazim (FAQ) mengenai Pengecualian 100% Bayaran Bil Air Selangor menerusi pautan di bawah :

FAQ Pengecualian Bayaran Bil Januari 2022 (Air Selangor)

Pengguna juga boleh ajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi Help Centre di www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!