EPOKU :JKM Bantuan OKU Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450

EPOKU di bawah JKM, atau Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya antara bajet 2022 bantuan OKU yang boleh di mohon menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Elaun EPOKU ini juga sebelum ini di kenali sebagai Elaun Pekerja Cacat (EPC).

Permohonan EPOKU merupakan elaun OKU atau bantuan wang tunai RM450 sebulan untuk OKU bekerja. Kepada warganegara pemegang OKU JKM yang pendapatan bulannya kurang daripada RM 1,500 anda boleh memohon bantuan ini.

Apakah itu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)?

Ianya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk bantuan kewangan RM450 sebulan seorang. Ianya bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.

Syarat dan Kelayakan untuk memohon EPOKU

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Memohon

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;
  1. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  2. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Baca juga : Permohonan Bantuan JKM RM100 BKK Bantuan Kanak-Kanak

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan OKU, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) JKM ini, anda boleh menghubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;

Ibu Pejabat

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Baca juga : Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!