Program Jaringan Prihatin: Subsidi RM300 Peranti & RM180 Data

Bagi individu yang tergolong dalam kategori B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kerajaan telah menawarkan bantuan terbaharu merangkumi subsidi peranti dan data menerusi Program Jaringan Prihatin.

Untuk pengetahuan semua, Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Peruntukan program ini kemudiannya ditambah sebanyak RM500 juta lagi menerusi pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Hasil daripada kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, mereka bersetuju menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion yang menjadikan faedah keseluruhan program ini adalah berjumlah RM3.5 bilion.

Jenis Subsidi

Terdapat 2 jenis subsidi yang ditawarkan menerusi program ini kepada penerima BPR iaitu:

  • Individu yang mempunyai anak bawah 18 tahun: Subsidi RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.
  • Individu yang tidak mempunyai anak: Subsidi RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.⠀

Syarikat Telco Terlibat

Program Jaringan Prihatin ini melibatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti:

  • Digi
  • Maxis
  • Celcom
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • Yoodo
  • YES

Syarat Penerimaan Subsidi

Individu yang ingin mendaftar untuk menerima subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Permohonan hanya syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan.
  • Hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.
  • Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih sahaja untuk menerima subsidi.
  • individu yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
  • Individu tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Individu jugatidak boleh memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.

Cara Mendaftar

Penerima BPR yang ingin mendaftar bagi mendapatkan subsidi Program Jaringan Prihatin, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Semak kelayakan di laman web BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasi

2. Jika individu layak, daftar sebagai pelanggan.

3. Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.

4. Setelah selesai, nikmati peranti atau data percuma.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Jaringan Prihatin, sila layari laman web rasmi Belanjawan 2021 https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!