Bantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka 2022

Bantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Bantuan Khas Ibu Tunggal PPWN Melaka bagi tahun 2022 kini dibuka.

Insentif ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu golongan ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah untuk lengkapkan persiapan ke sekolah yang bermula pada awal tahun ini.

Tarikh Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PPWN

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini bermula pada 19 Januari 2022 sehingga 14 Februari 2022.

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Pemohon bermastautin (menetap) di Melaka dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Wanita menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi ibu tunggal.
  • Berpendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM 1,169.00 atau RM 310.00 per kapita.
  • Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun ke bawah serta masih bersekolah.

Kategori Pemohon Bantuan Khas Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka

Ibu tunggal yang menjadi Ketua isi Rumah (KIR) perlulah berada di dalam salah satu kategori seperti dalam senarai di bawah :

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan ; atau
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja akibat sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan) ; atau
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan anak yang sah.

Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PPWN Kerajaan Negeri Melaka

Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di lokasi yang terpilih.

Berikut merupakan lokasi yang terpilih bagi mendapat borang bantuan tersebut :

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
  • Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.

Maklumat Lanjut

bantuan ibu tunggal PPWN

Pemohon yang berminat boleh dapatkan keterangan lanjut mengenai bantuan ini dengan menghubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!