Intipati Belanjawan 2024 Untuk Penjawat Awam, STR & KWSP

Ringkasan Intipati Belanjawan 2024 Untuk Penjawat Awam, Penerima STR & KWSP

Tarikh keramat 13 Oktober 2023, iaitu tarikh pembentangan belanjawan Madani 2024 sudah pastinya menjadi satu tarikh yang dinanti-nantikan dan paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui apakah insentif-insentif yang dirancang dan bakal dilaksanakan kerajaan Perpaduan untuk kesejahteran rakyat.

Belanjawan Madani 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”

Apa yang lebih menarik, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataanya pada Ogos lalu ada menyebut tentang kenaikan gaji penjawat awam yang akan diumumkan dalam belanjawan Madani 2024.

Selain daripada isu kenaikan penjawat awam, disini juga kami sertakan sedikit sebanyak intipati belanajawan madani 2024 yang turut menyentuh mengenai penjawat awam, STR dan KWSP.

Ringkasan Intipati Belanjawan 2024 Untuk Penjawat Awam

intipati belanjawan 2024 untuk penjawat awam

Bagi penjawat berikut antara beberapa insentif yang ada dinyatakan dalam pembentangan Datuk Sri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 adalah seperti berikut ;

Bayaran Insentif Awal RM2,000 Kajian Sistem Saraan untuk semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk penjawat awam lantikan kontrak.

Insentif RM1,000 diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Insentif RM1,000 bagi semua pesara kerajaan. Ini termasuklah veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kesemua bayaran insentif ini akan dilaksanakan secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi mengurangkan beban perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak dan juga bagi menghadapi persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Kerajaan juga setuju untuk memberi kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi yang turut meliputi pakaian batik Malaysia untuk kesemua penjawat awam yang layak

intipati belanjawan 2024 untuk penjawat awam_1

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras pindaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO) bagi sektor swasta

Intipati Belanjawan 2024 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

intipati belanjawan 2024 str

Antara lain intipati belanjawan 2024 yang paling dinanti ialah insentif Sumbangan Tunai Ramah.

Bagi maksud tersebut,RM10 bilion peruntukan bagi memfokuskan kepada pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan oleh kerajaan bagi kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih. Sumbangan maksimum adalah sebanyak RM3,700 setahun dengan peningkatan sebanyak RM600 berbanding STR 2023.

Manakala kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Tarikh pemberian STR 2024 juga akan dilaksanakan bermula Januari 2024

KWSP

intipati belanjawan 2024 KWSP

Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

Intipati Belanjawan 2024 Malaysia MADANI juga membuat penambahbaikan bagi penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing akan dinaikkan pada tahun 2024.

Had caruman program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Manakala had caruman padanan bagi program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang telah dilaksanakn sebelum ini diteruskan. Kerajaan memperuntukan RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 40,000 suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih

Program perlindungan sosial termasuk kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dinaikan kepada 90 peratus melibatkan peruntukan RM100 juta. Manakala syarikat pengendali diseru bagi menanggung baki 10 peratus caruman pekerja gig.

Maklumat Lanjut

Untuk makmlumat lanjut dan laporan lengkap mengenai intipati Belanjawan 2024, anda juga boleh layari website Kementerian Kewangan Malaysia https://belanjawan.mof.gov.my/ atau layari laman sosial di :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!