Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) tahun 2022 telah di buka. Sukacita dimaklumkan bahawa KBS akan membuat Penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).

Apa Itu Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)

Merupakan satu insiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk membantu altet-altet negara yang berminat atau sedang menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah atau ijazah sarjana muda pertama di ipt-ipt tempatan dalam negara sambil bergiat aktif dan meneruskan prestasi dalam bidang sukan yang diceburi untuk terus mencurah bakti dalam bidang kesukanan

Baca juga : Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk biasiswa sukan kbs 2022 ini dibuka bermula 15 april sehingga 30 April 2022

Syarat dan Kelayakan

biasiswa sukan persekutuan 2022
  1. Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.  
  2. Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut: 
    • i. tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
    • ii. tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.  
  3. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan 
    • Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan. 
  4. IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency. 
  5. Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain. 
  6. Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  7. Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi. 
  8. Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  9. Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Mohon Biasiswa Sukan Persekutuan

Permohonan boleh di buat secara online menerusi ;

https://spsb.kbs.gov.my/backend/web

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaiamana cara mohon Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi wesbsite https://spsb.kbs.gov.my/backend/web

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Permohonan untuk biasiswa sukan kbs 2022 ini dibuka bermula 15 april sehingga 30 April 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) ini, anda boleh hubungi ;

Pertanyaan 03-8871 3548/3546

Website : https://www.kbs.gov.my/

Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!