Permohonan Biasiswa FWD Takaful 2022 Untuk Pelajar IPT

Permohonan Biasiswa FWD Takaful tahun 2022 telah dibuka. Pelajar-pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan kewangan biasiswa FWD Takaful ini.

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga.

Melalui insiatif ini FWD Takaful menawarkan program biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5000 atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Apa Itu Biasiswa FWD Takaful

Ianya merupakan program bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5000atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Program biasiswa ini akan membiayai sepenuhnya pengajian untuk tempoh4 tahun (termasuk pra-universiti bagi pelajar lepasan SPM) di universiti yang terpilih.Tujuan Biasiswa ini bertujuan untuk mem bolehkan pelajaryang cemerlang dalam pengajian mereka  mendapatkan  kemahiran dan  pengetahuan yang Iebih mendalam.

FWD Takaful Berhad menggalakkan dan mendorong pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Takaful/Insurans, Syariah, Kewangan/ Kewangan Islam, Teknologi Maklumat dan Sains Aktuari.

Bagi menjamin peluang pekerjaan setelah tamat program biasiswa dan pengajian, penerima biasiswa perlu berkhidmat dengan FWD Takaful bagi tempoh 3 tahun. Calon yang berjaya akan diberi perlindungan takaful dan seorang mentor sepanjang tempoh biasiswa ini berlangsung.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti

Syarat Permohonan

biasiswa fwd takaful 2022
  1. Umur 21 tahun ke bawah pada 22 januari 2022
  2. SPM/Percubaan SPM
    • minima 5a, termasuk bahasa inggeris,bahasa melayu,matematik
    • pemohon yang memiliki keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas di galakkan memohon
  3. STPM
    • lulus kertas pengajian am dan minimum PNGK 3.5
  4. Pemohon perlu menyerahkan karangan tulisan tangan sebanyak 500 jumlah patah perkataan untuk menjelaskan ;
    • Sebab-sebab permohonan biasiswa ini
    • Manfaat yang diperolehi daripada pengajian yang dipilih
    • Rancangan pengajian dan kerjaya pemohon

Baca juga : Permohonan BSM : Biasiswa Tingakatan 6 Rendah RM600 Yayasan Pahang

Kriteria Tambahan

  • Pemohon perlu berjaya mendapat tempat di universiti tempatan daripada senarai univertsiti yang diluluskan,untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang seperti di bawah
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Pemohon tidak boleh menerima biasiswa/menerima bantuan kewangan daripada badan atau organisasi lain
  • Bidang pengajian
    • Takaful/Insurans
    • Sains Aktuari
    • Teknologi maklumat
    • Syariah
    • Kewangan Islam/Kewangan

Senarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan

Permohonan biasiswa ini juga hanya sah untuk pengajian di senarai kolej atau universiti tempatan yang terpilih sahaja seperti senarai berikut

biasiswa fwd takaful 2022

Tarikh Permohonan

23 Febuari 2022 – 30 April 2022

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online dengan cara;

  • Muat turun borang permohonan biasiswa disini atau
  • Menghantar permintaan melalui e-mel di [email protected] (*Sila tulis”Permintaan Borang Permohonan” sebagai subjek)
  • E-mel borang yang lengkap kepada [email protected]

Soalan Lazim

Bolehkah saya memohon biasiswa ini sebelum mendapat tempat di pusat matrikulasi atau universiti?

Ya, anda boleh memohon biasiswa ini sebelum mendapat tempat di pusat matrikulasi atau universiti dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan anda. Tawaran biasiswa akan diberi berdasarkan syarat-syarat tertentu. Pemohon hanya akan mendapat biasiswa apabila sudah menerima tawaran daripada universititerpilih. Oleh itu, pemohon diminta untukmemberitahu pihak kami dengan secepat mu ngkin sekiranya sudah menerima tawaran kemasukan universiti keiak

Siapakah yang layak untuk memohon biasiswa ini? Bagaimana saya boleh mengetahui jika saya layak untuk memohon?

Anda boleh memohon biasiswa ini jika:

•   Anda adalah pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac 2022; atau

•   Anda adalah pelajar Tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan semester akhir Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Mei 2022.

Anda boleh memohon biasiswa ini jika pendapatan seisi keluarga anda kurang daripada RM5,000 sebulan.

Apa yang perlu saya lampirkan bersama permohonan biasiswa saya?

Sila rujuk Borang Permohonan di mane panduan langkah demi langkah telah disediakan. Pastikan anda membaca semua syarat-syarat yang dinyatakan sebelum memohon.

Apa yang perlu saya sertakan dalam karangan serahan saya?

Anda boleh memulakan karangan dengan memperkenalkan diri anda, dan menyatakan pencapaian akademik, cite-cite dan minat anda. Nyatakan sebab keperluan biasiswa ini dan mengapa anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam salah satu bidang pengajian yang dinyatakan. Beritahu kami tentang matlamat dan rancangan kerjaya anda. lni adalah peluang untuk menonjolkan keistimewaan anda berbanding pemohon yang lain.

Apakah kos yang akan ditaja melalui biasiswa ini?

Program Biasiswa FWD Takaful akan membiayai yuran kursus pengajian sepenuhnya, termasuk yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran asrama, kos sara hidup, pembelian komputer riba, mesin pencetak dan buku atau bahan rujukan kursus sepanjang tempoh program.

Apa yang diharapkan daripada saya jika saya Berjaya mendapat biasiswa ini?

Sekiranya anda berjaya mendapat biasiswa ini, anda perlu mengekalkan keputusan akademikyang konsisten dan hendaklah sentiasa berkelakuan baikseperti yang dinyatakan dalam perjanjian biasiswa anda. Sila rujuk maklumat program biasiswa di laman web kami.

Bolehkah biasiswa ini dibatalkan?

Ya, biasiswa ini boleh dibatalkan sekiranya anda gagal mematuhi mana-mana syarat biasiswa, seperti mengekalkan PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) pada tahap setiap semester atau anda gagal mengekalkan tingkah laku yang balk sejajar dengan  peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pusat matrikulasi atau universiti. Contohnya, jika anda didapati terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengandadah atau aktiviti yang tidak mematuhi Syariah, biasiswa ini akan dibatalkan serta-merta.

Bolehkah saya menerima biasiswa ini jika saya menerima tawaran daripada universiti luar negara?

Biasiswa ini hanya akan diberi jika anda mendapattawaran untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti atau kolej tempatan yang disenaraikan oleh program biasiswa kami.

Baca juga : Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021

Bagaimana caranya untuk saya mengetahui permohonan saya berjaya atau tidak?

FWD Takaful akan menilai dan membuat pemilihan bermula pada bulan Mei 2022 sehingga Julai 2022. Kami akan memberitahu pemohon yang terpilih melalui e-mel atau melalui pos, sebaik sahaja keputusan dibuat.

Saya telah diberitahu bahawa permohonan saya berjaya. Adakah saya akan menerima maklumat yang lebih lanjut selepas itu?

Anda akan menerima surat tawaran melalui  e-mel  atau  pos  dimana maklumat   lanjut  mengenai  biasiswa  seperti kelayakan   perbelanjaan,kaedah pembayaran, tanggungjawab anda sebagai penerima biasiswa dan pembaharuan biasiswa anda untuk tahun-tahun berikutnya akan dijelaskan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut setelah menerima surat tawaran tersebut, anda boleh menghubungi kami di nombor yang disertakan di bawah.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan program biasiswa FWD Takaful 2022 ini, anda boleh menghubungi kami di 1300 13 7988 atau Clara Thambu di 012503 2562 atau email [email protected]

Website : fwd.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!