Permohonan Institut Kraf Negara Sesi 2022/2023 Jom Masuk IKN

Tawaran permohonan belajar di Institut Kraf Negara IKN sesi 2022/2023 kini dibuka. Borang online, syarat kelayakan dan semakan status kemasukan ke Institut Kraf Negara adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, menerusi Insitut KRAF NEGARA IKN, mempelawa pelajar lepasan SPM yang berminat dan berbakat dalam bidang kraf untuk menyambung pengajian di insitut latihan kemahiran awam di peringkat sijil dan diploma

 

Latar Belakang Institut Kraf Negara (IKN)

Merupakan sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.

IKN memberi kemudahan dan program latihan secara formal dengan konsep pendidikan secara ‘hands-on’ dalam bidang kemahiran pembuatan seni kraf.  IKN menawarkan program DIPLOMA yang memberi penekanan kepada kemahiran pembuatan kraf sebanyak 60% dan 40% dalam akademik dan program SIJIL kemahiran pembuatan kraf sebanyak 70% dan 30% dalam akademik.

Subjek teras jurusan seperti kemahiran seni reka, aplikasi teknologi pengeluaran dan subjek pengajian liberal seperti teknologi maklumat (ICT), sejarah seni kraf, keusahawanan dan pemasaran juga diajar kepada para pelajar.  Pelajar akan mengikuti latihan industri untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman industri sebenar.

Baca juga : Permohonan Kemasukan Program TVETMARA2022 KKTM, MJII & IKM

 

Senarai Program Pengajian Instut Kraf Negara

permohonan insitut kraf negara ikn

Senarai program yang ditawarkan bagi sesi (I) Tahun Akademik 2022/2023 dikategorikan mengikut fakulti tertentu yang terdapat di IKN

 

  1. i) Jurusan Seni Kraf Batik
  • Sijil Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)
  • Operasi Pengeluaran Batik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)
  1. ii) Jurusan Seni Kraf Kayu
  • Sijil Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)
  • Pengukiran Kayu (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)
  1. iii) Jurusan Seni Kraf Logam
  • Sijil Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)
  • Kraf Barang Kemas (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)
  1. iv) Jurusan Seni Kraf Rotan
  • Sijil Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)
  1. v) Jurusan Seni Kraf Seramik
  • Sijil Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)
  • Pengeluaran Kraf Seramik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)
  1. vi) Jurusan Seni Kraf Tenunan
  • Sijil Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)

 

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Peringkat Sijil Seni Kraf
  • Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan
  • Lulus temuduga dan ujian lukisan.

 

  1. Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

 

  1. Peringkat Diploma
  • Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  • Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau
  • SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum satu kredit atau setara dengannya; dan
  • Lulus temu duga dan ujian lukisan.

 

Cara Permohonan

  • Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan No. KP/MyKad menerusi pautan http://cms.ikn.gov.my/application/appResult.asp.
  • Semakan boleh di buat bermula dari tarikh 25 Januari 2022, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.
  • Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 30 Jun 2022

Semakan Status

Paparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2022/2023. Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan No. KP/MyKad.

Bermula dari tarikh 25 Januari 2022, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.

Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 30 Jun 2022

 

Maklumat Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Permohonan kemasukan Instutit Kraf Negara IKN, sila hubungi talian 012-2720295/019-3005709 atau layari website https://ikn.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!