Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Para pelajar yang bakal mengambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta, anda boleh memohon bantuan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu Skim Bantuan Awal IPT.

Untuk makluman, Skim Bantuan Awal IPT adalah bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Tujuan skim bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur untuk mendaftar anak mereka ke IPT.

Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi YWP e-Portal System (Y.E.S).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon Skim Bantuan Awal IPT ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon menetap di Wilayah Persekutuan.
  3. Pendapatan perkapita keluarga pemohon ialah RM1,000 ke bawah.
  4. Ibu/bapa pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan atau pemohon lahir di Wilayah Persekutuan.
  5. Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  6. Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran (PhD) sepenuh masa sahaja.

Cara pengiraan untuk pendapatan perkapita keluarga pemohon RM1,000 ke bawah adalah seperti berikut:

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://yes.yayasanwp.org.my/.
  2. Klik bahagian Daftar Baru.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Password.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen permohonan
  7. Hantar permohonan

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil kelahiran pelajar.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan (bagi pelajar yang telah berkahwin).
  3. Salinan sijil/kad nikah (bagi pelajar yang telah berkahwin). Salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
  4. Salinan kad pengenalan ibu/penjaga.
  5. Salinan sijil kematian jika ibu/bapa meninggal dunia.
  6. Salinan surat perakuan cerai ibu/bapa.
  7. Salinan kad pengenalan isi rumah (ahli keluarga yang dalam
  8. tanggungan.
  9. Salinan kad OKU (jika ahli keluarga pemegang kad OKU).
  10. Salinan bil utiliti.
  11. Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan bapa/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri).
  12. Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan ibu/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri.
  13. Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal MAIWP (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  14. Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  15. Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  16. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT.
  17. Salinan resit pembayaran yuran pengajian/slip transaksi pembayaran kepada IPT.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Wilayah Persekutuan di talian 03-2698 3073/2073.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!