Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23

Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan dalam talian kemasukan ke program diploma kolej profesional MARA (kpm) sesi 1 2022/2023 pengambilan Mac telah dibuka.

Permohonan Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM)

Permohonan ini terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).

Calon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan kemasukan ke program diploma kolej profesional mara (kpm) pengambilan Mac ini telah dibuka bermula 17 JANUARI 2022 hingga 17 FEBRUARI 2022.

Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup sekiranya berminat.

Kolej Profesional MARA (KPM)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  • Berumur 18 hingga 35 tahun.
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kolej Profesional MARA (KPM)

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
Kolej Profesional MARA (KPM)

Program Yang Ditawarkan 

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)

ii. Diploma in Business Studies (DBS)

iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)

iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)

v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)

vi. Diploma in Computer Networking (DCN)

vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)

viii. Diploma in International Business (DIB)

ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)

x. Diploma in Marketing (DMK)

xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan berikut: https://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Kolej Profesional MARA (KPM)

NOTA: 

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalahlengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 1 2022/2023 Pengambilan Mac sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 22 Februari 2022, selepas pukul 3:00 petang.

NOTA: Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.

Setelah menerima keputusan, sila buat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang

UPIM (https://apponline.mara.gov.my/upimonline) dengan memasukkan nombor transaksi pembayaran MARAeps bagi membolehkan calon memuat turun surat tawaran dan dokumen pendaftaran selewat-lewatnya sebelum ATAU pada 04 Mac 2022 dan bergantung kepada tempoh setuju terima yang ditetapkan.

Permohonan Rayuan

Sekiranya tidak berjaya, jangan risau. Anda boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang (https://apponline.mara.gov.my/upimonline mulai 22 Februari 2022 sehingga 4 Mac 2022.

Keputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 05 Mac 2022, selepas jam 3:00 petang.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari:

Manakala, untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak MARA di saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!