Semakan SAPS Ibu Bapa 2022 : Kemudahan Semakan Ibu Bapa Membuat Semakan Slip Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online.
Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini merupakan salah satu penambah baikan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) di bawah elemen Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT)
Apa Itu SAPS Ibu Bapa ?
SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod laporan markah peperiksaan pelajar dengan lebih sistematik.
Dalam sistem ini, guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi SAPS.
Ibu bapa pula boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak melalui sistem yang sama.
Baca Juga : Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 bagi Keluarga B40
Cara Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2022

Semakan SAPS Ibu Bapa boleh dilakukan melalui laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut :
- Log masuk ke pautan berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/
- Klik pada Menu Semakan Ibu Bapa
- Isikan maklumat pelajar dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir untuk semak slip peperiksaan pelajar.
- Pastikan maklumat yang dimasukkan tanpa tanda sengkang atau ‘-‘ .
- Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini atau sekolah sebelum ini jika ada.
- Pastikan maklumat negeri, daerah dan nama sekolah betul.
- Klik ‘Semak’.
- Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan.

Gred Permarkahan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Anda boleh rujuk pada gred pemarkahan di bawah untuk keterangan lanjut :
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A – Cemerlang
- 65-79 Gred B – Baik
- 50-64 Gred C – Memuaskan
- 40-49 Gred D – Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E – Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH – Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah Rendah
- 85-100 Gred A – Cemerlang
- 70-84 Gred B – Kepujian
- 60-69 Gred C – Baik
- 50-59 Gred D – Memuaskan
- 40-49 Gred E – Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F – Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH – Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A – Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2022
Di bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk mengemaskini markah peperiksaan 2022 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.
Berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan berdasarkan jadual yang disediakan pada tahun ini.
Ujian Awal Tahun
- Tahun 6
- Tingkatan 5
Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6
- Tingkatan 5
Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6
- Tingkatan 5
Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5
- Tingkatan 4
PEPERIKSAAN DALAMAN | TINGKATAN | PENGISIAN MARKAH | |
---|---|---|---|
BUKA | TUTUP | ||
Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik | Tingkatan 4 dan 5 | 05 September 2022 | 05 Oktober 2022 |
Peperiksaan Percubaan Spm | Tingkatan 5 | 15 November 2022 | 31 Disember 2022 |
Peperiksaan Akhir Sesi Akademik | Tingkatan 4 | 01 Januari 2023 | 31 Januari 2023 |
Untuk makluman, tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim F.A.Q
Saya tak dapat Login SAPS Ibu Bapa, apa yang perlu saya buat?
Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.