Semakan Status Terkini Pengeluaran Khas KWSP RM10K
“PERMOHONAN ANDA TELAH DI LULUSKAN” , “PERMOHONAN ANDA SEDANG DI PROSES”. Sudahkah anda membuat semakan status terkini pengeluaran khas kwsp rm10k? Untuk makluman anda semakan status kelulusan pengeluaran khas kwsp boleh di semak bermula 09/04/2022
Semakan status sebelum ini, hanya memaparkan “PERMOHONAN ANDA TELAH DI TERIMA”, “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”. Ini kerana pihak KWSP memerlukan sedikit masa untuk membuat semakan dan kemasikini permohonan.
Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran khas ini saja, KWSP telah menerima sebanyak 5.3 juta permohonan dari pencarum
Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP
Untuk makluman, bagi ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran khas, semakan status pengeluaran khas boleh di semak melalui dua cara iaitu
Semakan melalui pautan khas KWSP seperti berikut ;
Semakan Melalui Portal Pengeluaran Khas
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Semakan Melalui i-akaun
- Login ke akaun anda https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukkan “USER ID“
- Pastikan “SECRET PHRASE” sama seperti yang anda telah tetapkan semasa membuat pendaftaran i-akaun
- Masukkan “PASSWORD“
- Pergi ke menu PENGELUARAN / “WITHDRAWAL“
- Klik SEJARAH PENGELUARAN / “WITHDRAWAL HISTORY“
- Search PENGELUARAN KHAS
- Status pengeluaran / pembayaran akan dipaparkan
Maksud Bagi Setiap Semakan Status Pengeluaran Khas
Permohonan anda telah diterima
- Permohonan pengeluaran khas anda telah DITERIMA, SEDANG DISEMAK DAN AKAN DI PROSES SECARA BERPERINGKAT
- Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas
Permohonan anda tiada dalam rekod
- Semak semula dan pastikan maklumat yang di masukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan di buat
- Sekiranya masih mengalami masalah yang sama, hubungi hotline pengeluaran khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut
Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas
- Bayaran pengeluaran khas akan di buat secara berperingkat bermula pada 18 April 2022
- Pengkreditan amaun ke akaun ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
- Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas
- Bagi bayaran secara arahan bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran
Cara Bayaran Pengeluaran Khas
Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 18 April 2022.
Masalah Berkaitan Permohonan Pengeluaran Khas
Tersilap isi nombor akaun ketika membuat permohonan?
Bagi nombor akaun bank yang salah, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan dan bayaran akan di gantikan dengan cek jurubank
Penukaran nombor telefon TAC/OTP
Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC/OTP hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.
Namun, jika nombor telefon terkini yang digunakan belum berdaftar dengan KWSP, anda masih boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Khas melalui portal: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dengan menjawab soalan keselamatan yang disediakan.
Sebagai makluman tambahan, Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui portal yang disediakan (tanpa perlu menjawab soalan keselamatan) selepas 24 jam dari masa pengemaskinian nombor telefon di kios/kaunter KWSP. Tempoh permohonan dibuka dari 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
.
Status Kelulusan Pengeluaran Khas
Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 di pautan: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah maksud status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA ?
Permohonan pengeluaran khas anda telah DITERIMA, SEDANG DISEMAK DAN AKAN DI PROSES SECARA BERPERINGKAT
Macam mana cara semak Pengeluaran Khas KWSP?
Semakan boleh di buat menerusi portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau dengan login ke i-akaun anda
Bilakan bayaran pengeluaran khas akan di kreditkan?
Bayaran pengeluaran khas akan di buat secara berperingkat bermula pada 18 april 2022
Pengkreditan amaun ke akaun ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
Maklumat Lanjut :
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran Khas Kwsp, anda boleh hubungi ;
Hotline pengeluaran khas 03-89224848
Pusat Pengurusan Perhubungan Kwsp 03-89226000