MAINS: Bantuan Awal Persekolahan 2022 Khusus Untuk B40

MAINS: Bantuan Awal Persekolahan 2022 Khusus Untuk B40 ~ Untuk makluman, melalui Skim Bantuan Zakat yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, satu inisiatif bagi membantu para pelajar memulakan sesi persekolahan diwujudkan. 

Inisiatif tersebut dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi sesi 2022. Permohonan untuk bantuan ini kini dibuka bagi yang berkelayakan.

Pemohon boleh membuat permohonan sehingga 15 Mac 2022.

MAINS

Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022

Bantuan Awal Persekolahan adalah merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada setiap tahun.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak sempena bermulanya sesi persekolahan kelak.

Syarat-Syarat Kelayakan 

Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022 ini dibuka untuk pemohon yang mempunyai anak-anak dari prasekolah (6 tahun) sehingga Tingkatan 5. 

Berikut ialah syarat-syarat pemohon:

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara atau pemastautin tetap yang beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Terbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah.

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen dan mengisi borang yang diperlukan sebelum memohon. 

Sila layari pautan berikut untuk memuat turun borang permohonan: 

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  • Salinan MyKid / MyKad / sijil kelahiran tanggungan
  • Salinan sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian (jika berkenaan)
  • Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bank
  • Slip gaji / Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)
  • Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan/pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Agihan MAINS Daerah seperti maklumat dibawah:

E-mel: [email protected]

Telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405

Laman web : https://www.mains.gov.my/

Untuk mengetahui senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan, sila layari pautan berikut: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan

Untuk permohonan janji temu pula, sila layari pautan berikut: https://www.mains.gov.my/temujanji/borang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!