Portal Pengeluaran Khas KWSP RM10K Secara One-Off

Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my akan boleh di akses untuk tujuan pengeluaran khas KWSP secara one-off pada 1 April 2022

KWSP mengumumkan bahawa permohonan kwsp 10k untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

Sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.

KWSP dalam kenyataan berkata, Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini.

“KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.

Portal Pengeluaran Khas KWSP

Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my hanya akan boleh di akses untuk permohonan bila telah di aktifkan oleh pihak KWSP nanti dalam masa terdekat

Tarikh Permohonan Dan Semakan

KWSP mengumumkan bahawa ahli boleh membuat permohonan untuk pengeluaran khas ini bermula pada;

  • Tarikh permohonan : bermula 1 April dan berakhir pada 30 April 2022,
  • Tarikh  pembayaran : 20 April 2022.

Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

  • Untuk makluman anda, kerajaan telah mengumumkan pembayaran akan dibuat secara one-off.
  • Pembayaran akan dibuat secara sekali sahaja
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa ahli
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
  • Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain

Syarat Pembayaran

Untuk menggelakan sebarang masalah pembayaran atau pengkreditan;

  • Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.
  • Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Semakan Status Permohonan

Semakan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

“Ahli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka,” katanya.

Maklumat Lanjut

Mengenai kemudahan portal pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!