Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima Kod OTP

Sudahkah anda kemaskini nombor telefon KWSP anda bagi proses OTP/TAC? Ramai ahli kwsp yang menghadapai masalah tidak dapat mengisi permohonan pengeluaran khas kwsp disebabkan masalah ini.

Untuk makluman anda, untuk mengisi borang permohonan pengeluaran khas kwsp. Nombor telefon yang anda pernah daftarkan sebelum ini perlulah aktif.

Nombor OTP akan dihantar melalui nombor telefon yang anda daftarkan. Kegagalan memasukan nombor OTP, akan menyebabkan anda tidak dapat meneruskan permohonan.

Sekiranya no telefon yang anda telah anda telah daftarkan sebelum ini hilang, anda juga perlu kemaskini nombor telefon anda

Masalah Kemaskini Nombor Telefon KWSP

kemaskini nombor telefon kwsp

Untuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah mengisi borang online di portal pengeluaran khas kwsp kerana telah tukar nombor telefon, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.

Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:

  1. Jawab soalan keselamatan
  2. Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP

Langkah Kemaskini Nombor Telefon

Untuk daftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP, anda perlu hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

Untuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Anda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP berhampiran anda

Tempoh Kemaskini

Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.

Pastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang kita setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini. Sekiranya anda terlupa, anda perlu hadir ke kaunter KWSP untuk membuat kemaskini

Apabila anda telah jawab semua betul soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.

Semasa permohonan, anda boleh kemaskini maklumat nombor telefon baru.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan Pengeluaran Khas kerana telah bertukar nombor telefon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan kemaskini nombor telefon kwsp dan masalah-masalah berkaitan pengeluaran khas kwsp, sila rujuk saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!