Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5–11 Tahun
Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5–11 Tahun ~ Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan kini meluluskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
Pengumuman ini dihebahkan sejurus persidangan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) kali ke-368 dijalankan baru-baru ini.
Menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia, telah diumumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10 mcg Concentrate for Dispersion for Injection akan digunakan bagi golongan kanak-kanak tersebut.
Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada golongan berusia 12 tahun ke atas.
Kategori Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun Serta Kelebihannya
Mesyuarat PKBD telah berikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin berikut :
Comirnaty 10 mcg Concentrate for Dispersion for Injection
- Untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun
- Mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Corminaty yang diberikan kepada golongan 12 tahun ke atas.
Comirnaty (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection
- Vaksin dengan formulasi baharu bagi individu 12 tahun ke atas
- Tidak perlu dicairkan sebelum disuntik
- Mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang (10 minggu) berbanding formulasi sedia ada dengan jangka hayat 1 bulan.
- Perlu disimpan pada suhu 2° C hingga 8° C setelah dinyahbeku
Pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacting GmbH Jerman.
Kelulusan Bersyarat Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine Sebagai Dos Penggalak
Di samping itu, PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vacine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak bagi individu 18 tahun ke atas.
Pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah Solution Biologics Sdn Bhd dan dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc China.
Pemberian vaksin ini diperlukan dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama dari vaksin sama.
Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin yang dipantau dari semasa ke semasa oleh Bahagian Regulatiori Farmasi Negara (NPRA).
Penilaian adalah berdasarkan data-data terkini bagi memastikan perbandingan manfaat risiko vaksin kekal positif.