TUNS / TUNS PLUS 2022: Cara Membuat Permohonan | Geran Bantuan Untuk Usahawan

TUNS / TUNS PLUS 2022: Cara Membuat Permohonan | Geran Bantuan Untuk Usahawan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan TUNS kini dibuka semula untuk tahun 2022 bermula 1 Februari 2022, dan TUNS PLUS pula bermula 1 Mac – 31 Mac 2021. 

TUNS / TUNS PLUS 2022

TUNS / TUNS PLUS merupakan antara inisiatif secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

TUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan)

Melalui inisiatif TUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan), usahawan kecil yang berkelayakan akan menerima Geran Bantuan RM3,000. Bantuan pembiayaan secara geran yang berjumlah RM3,000.00 ini adalah untuk membantu Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan khususnya dan dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 usahawan mikro di Negeri Sembilan. 

Belanjawan Negeri Sembilan 2022 bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’ telah diluluskan untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-empat iaitu tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Tarikh Permohonan TUNS 2022: 1 Februari 2022.

TUNS / TUNS PLUS 2022

TUNS PLUS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus) 

Manakala, TUNS PLUS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus) pula adalah merupakan bantuan pinjaman pembiayaan tanpa faedah sehingga rm15,000 untuk usahawan kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun. 

TUNS Plus dijangka akan memberi manfaat kepada 200 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.

Tarikh Permohonan TUNS PLUS 2022: 1 Mac – 31 Mac 2022.

TUNS / TUNS PLUS 2022

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, sila layari pautan berikut : https://tuns.my/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:

EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin; Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban, Negeri Sembilan.

  • Tel : +606-761 6871
  • Faks : +606-762 6291
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!