Semakan ePrasekolah Sesi Kemasukan Prasekolah 2024/2025
Tarikh semakan Prasekolah 2023 online KPM sesi 2024 / 2025 boleh dibuat mulai 05 Ogos 2023.
Bagi permohonan yang tidak berjaya dan tidak layak, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan mulai 05 Ogos 2023 sehingga tarikh tutup rayuan pada 20 Ogos 2023.
Semakan ePrasekolah 2023 KPM
ePrasekolah merupakan inisiatif pihak KPM bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.
Untuk makluman, kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2024), anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM ini.
Permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Bagi yang sudah buat permohonan tahun lalu, semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi ePrasekolah KPM.
TARIKH PERMOHONAN / SEMAKAN PRASEKOLAH KPM
- Tarikh permohonan ePrasekolah secara online : 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023
- Tarikh permohonan melalui sekolah dimohon : 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023
- Tarikh semakan ePrasekolah online : 5 Ogos 2023
- Tarikh semakan Prasekolah melalui sekolah : 5 Ogos 2023
Sistem Semakan Online ePrasekolah
Melalui sistem ePrasekolah KPM, anda boleh membuat beberapa urusan seperti berikut:
1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM; Borang permohonan, Semak dan kemas kini permohonan, Rayuan permohonan.
2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA; Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif).
3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH; Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.
4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN; Semak status pendaftaran murid.
Baca Juga : KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025
Syarat Kelayakan
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Mendaftar
- Sila layari laman sesawang ePrasekolah KPM di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my
- Daftar & Login : Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
- Kemaskini & Cetak
- Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 30 Mei 2023 beserta dokumen yang berkaitan.
- Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
- Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
- Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
Tarikh Semakan Prasekolah & Cara Semak Status Permohonan
- Semak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2024/2025 boleh dilakukan bermula 5 Ogos 2023.
- Semakan boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my atau
- Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi sekolah yang dimohon
- Bagi semakan secara online, permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
Semakan Rayuan Prasekolah
- Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).
- Rayuan boleh dibuat secara online dan manual
- Bagi permohonan secara dalam talian, rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman ePrasekolah.
- Bagi permohonan secara manual, rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.
NOTA: Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.
Anda juga boleh rujuk manual pendaftaran secara lengkap seperti di bawah :
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai semakan ePrasekolah, sila email kepada: [email protected] atau berhubung terus dengan pihak sekolah