Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Untuk Pelajar IPT Sabah

Khas untuk anak Sabah Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk tahun 2023 diteruskan lagi.

Kerajaan Negeri Sabah meneruskan insiatif ini untuk membantu kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Dengan peruntukan sebanyak RM 15 juta, kerajaan negeri Sabah telah berjaya menyalurkan bantuan komputer riba kepada kira-kira 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM pada tahun lalu.

Kini, bantuan ini dteruskan bagi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak Sabah mencukupi.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Pesta Menuai 2023 Sabah & Cuti Umum Kaamatan

Apa Itu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)?

BAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagi membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta yang tidak berkemampuan memiliki komputer demi sesi pembelajaran yang lebih lancar.

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut;

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
  • Permohonan perlulah dibuat secara online.

Cara Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)

  1. Layari pautan permohonan di https://baik.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Klik butang ‘Belum Daftar? Klik DiSini.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk ke dalam laman web tersebut.
  6. Buat permohonan sehingga dengan mengisi butiran yang diperlukan dengan lengkap sehingga selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan ketika anda mengisi permohonan, sertakan sekali salinan dokumen seperti berikut ;

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  • Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  • Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S

Nota : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Komputer, sila layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!