Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 KPM

KPM: Semakan & Tarikh Pendaftaran  Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 ~ Kepada ibu bapa/penjaga terutamanya yang ingin mendaftarkan anak anda untuk masuk bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh rujuk perkongsian daripada kami seperti di bawah.

Tarikh Pendaftaran  Murid Tahun 1 KPM

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan mulai 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online).

Sebelum mendaftar, sila semak syarat pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 seperti dibawah:

Pendaftaran dibuka bagi kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.

pendaftaran tahun 1

Baca Juga : ePrasekolah | Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2024 / 2025 (Online)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh Mula : 1 Mei 2023
  • Tarikh Tutup : 30 Jun 2023
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2023
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2023

Cara Membuat Pendaftaran

SIla ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

  • Sila layari portal Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my
  • Klik Pengguna Baru
  • Tekan Daftar Pengguna 
  • Klik Daftar
  • Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  • Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  • Klik Permohonan Baharu
  • Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  • Lengkapkan maklumat berikut:
  • Maklumat murid, Maklumat kesihatan, Maklumat penjaga
  • Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  • Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  • Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  • Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  • Status permohonan murid akan dipaparkan.

NOTA: Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Anda juga boleh rujuk manual pengguna untuk ePendaftaran Tahun 1 seperti di bawah :

MANUAL PENGGUNA eDAFTAR TAHUN 1

Anda juga boleh rujuk panduan penuh penggunaan sistem idME seperti di bawah:

Soalan Lazim ePendaftaran Pelajar Tahun 1

pendaftaran tahun 1
pendaftaran tahun 1
pendaftaran tahun 1

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, sila hubungi nombor telefon atau emelkan pertanyaan andal mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Anda boleh rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!