Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2022 Mulai 12 – 18 Januari 2023

Pengumuman MPM Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2022 boleh disemak mulai hari ini 12 Januari 2022 Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.

Permakluman oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini telah dibuat melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my/

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2022

Semakan boleh di buat secara online atau melalu pesanan mesej ringkas (SMS). Untuk membuat semakan, sila rujuk kaedah-kaedah di bawah:

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE ( https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/ )

KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS ( Melalui SMS; MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP ) dan hantar ke 15888.

Contoh: MUET RESULT 09050310xxx

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET Sesi 3 2022 yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM. 

Sila klik pautan berikut: 

Semakan semula keputusan ini di kenakan cas bayaran yuran rayuan penyemakan semula iaitu sebanyak RM70.00. 

Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my) selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). 

MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Jadual  MUET 2023

Bagi calon yang telah mendaftar untuk MUET Sesi 1 2023, berikut adalah jadual ujian yang akan datang ;

  • Tarikh Ujian Bertulis (Written) -1 April 2023
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking) – 13,14,15,16,20 dan 21 mac 2023

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan MUET Sei 3 2022, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/ 

Atau, hubungi talian: 03-6126 1600

Atau, e-mel ke: [email protected]

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu MUET?

MUET adalah singkatan dari Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (Malaysian University English Test). Ujian ini yang diadakan di Malaysia untuk menilai kemahiran bahasa Inggeris pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat IPT/IPTA. Ujian ini diadakan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia dan diakui oleh insitutut pengajian awam dan swasta. Ujian ini terdiri dari empat komponen iaitu ;

  • Mendengar Listening,
  • Bercakap Speaking,
  • Membaca Reading,
  • danPenulisan Writing.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!