Pendaftaran MUET Sesi 1 2023 Online & Jadual

Tarikh pendaftaran MUET sesi 1 2023 boleh dibuat mulai 7 Disember 2022 – 10 Januari 2023. Pendaftaran ini adalah untuk calon persendirian dan juga calon sekolah/insitusi

MUET atau Malaysian University English Test, ialah ujian Bahasa Inggeris yang dijalankan diperingkat Pra Universiti, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan STPM. Tujuan MUET adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke IPT. MUET juga wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

Pendaftaran MUET Sesi 1 2023

pendaftaran muet sesi 1 2023

Penting, terdapat dua kaedah pendaftaran yang disediakan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pendaftaran Calon Persendirian Individu

Bagi calon persendirian individu kaedah pendaftaran adalah secara dalam talian sahaja melalui pautan https://muet.mpm.edu.my

Cara Pendaftaran Calon Persendirian Individu

  • Layari : https://muet.mpm.edu.my
  • Pilih Pusat Peperiksaan yang tersedia
  • Sila lengkapkan semua butiran peribadi dengan betul. (CAJ RM 25.00 AKAN DIKENAKAN UNTUK MENGUBAH MAKLUMAT KEMUDIAN)
  • Selepas memastikan bahawa semua perincian adalah betul, klik Next
  • Teruskan pembayaran menggunakan FPX atau Kad Kredit
  • Sila simpan anda resit untuk masa depan rujukan
  • PENDAFTARAN SELESAI

Cara Untuk mendapatkan Penyata Pendaftaran (MUET/PP)

  • Layari : https://muet.mpm.edu.my
  • Klik Menu > Registration Statement (MUET/PP)
  • Masukkan nombor ic atau passport click Search
  • Klik Download PDF

Pendaftaran Bagi Calon Sekolah/Insitusi

Manakala bagi calon sekolah/insitusi pendaftaran adalah melalui sekolah/institusi masing-masing

PIN MEC

Pembelian PIN MEC hanya untuk pendaftaran calon sekolah/institusi sahaja, bukan calon persendirian

Yuran Pendaftaran

  • Warganegara RM100
  • Bukan warganegara RM 350

Tarikh Pendaftaran MUET 2023

  • 7 Disember 2022 – 10 Januari 2023

Jadual  MUET 2023

  • Tarikh Ujian Bertulis (Written) -1 April 2023
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking) – 13,14,15,16,20 dan 21 mac 2023

Makluman Penting Untuk Calon Persendirian/Individu

  • Calon Persendirian Individu TIDAK DIBENARKAN membeli PIN MEC di kaunter BSN atau MyPay. Pembayaran hendaklah dibuat melalui pembayaran dalam talian di halaman ini semasa pendaftaran.
  • Tempat duduk di pusat ujian adalah TERHAD (siapa cepat dia dapat).
  • Sila rujuk Kalendar MUET 2023 di portal rasmi MPM di http://www.mpm.edu.my untuk butiran tarikh ujian.
  • Sila rujuk Arahan dan Garis Panduan Kemasukan Calon MUET dalam portal MPM atau pautan di https://www.mpm.edu.my/en/muet/instructions-and-guidelines-for-muet-candidates-admission berkenaan dengan kemasukan MUET .
  • Sila cetak dan/atau simpan Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) dalam format PDF setelah pendaftaran selesai. Ketiadaan MUET/PP akan menyebabkan pendaftaran anda tidak sah dan calon dikehendaki mendaftar semula.
  • Semua calon diwajibkan melanggan saluran Telegram rasmi MUET Sesi 1 2023 di https://t.me/muets1202 3 untuk mengikuti perkembangan terkini dan pengumuman rasmi MUET. TIADA pengumuman mengenai MUET akan dibuat melalui SMS atau emel .
  • Calon diwajibkan membaca manual pengguna ini untuk merujuk butiran proses pendaftaran

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran MUET Sesi 1 2023  , sila e-mel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!