Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak
Berita baik, satu tawaran tajaan biasiswa untuk pasca-siswazah daripada urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi SEORANG (1) CALON peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.
Mereka yang layak, akan menerima tajaan biasiswa ini selama 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai 2022. Cara permohonan dan info mengenai tawaran ini, adalah seperti di bawah
Apa Itu Biasiswa Pasca –Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak
Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 2022. Biasiswa ini ditawarkan oleh Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan masyarakat Islam Sarawak
Tujuan biasiswa ini adalah untuk membiayai SEORANG (1) calon pasca- siswazah peringkat Sarjana dalam bidang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di Sarawak
Bidang Penyelidikan
Bidang penyelidikan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:
- i. Ekonomi Digital Negeri Sarawak;
- ii. Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak;
- iii. Pertanian Moden
- iv. Perusahaan Kecil & Sederhana
Syarat-Syarat Permohonan
Untuk memohon biasiswa ini, pelajar perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut;
Syarat-Syarat Asas
- Biasiswa ini terbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.
- Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.
- Calon yang berjaya mesti mengikuti pengajian di UKM secara SEPENUH MASA dan MOD PENYELIDIKAN (Full Research).
Syarat Khusus (Akademik)
- Calon memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama
- Calon dikehendaki untuk melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
- Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan
Kriteria Pemilihan
- Calon yang layak dan memenuhi syarat umum dan khusus akan ditemuduga oleh panel penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
- Pemilihan akan dilakukan dengan mengambil kira prestasi semasa temuduga, potensi calon dan cadangan proposal kajian yang akan dilaksanakan.
- Perakuan daripada panel penilai akan dimajukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kursi untuk tujuan kelulusan.
- Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kursi adalah muktamad.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.
- Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
- Pemohon yang telah bekerja tetapi tiada surat pelepasan/kelulusan daripada majikan.
Kadar Biasiswa
- Biasiwa mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup.
- Untuk semester pertama, peruntukan sebanyak RM 10,770.00 merangkumi seperti berikut:
- RM 5,370.00 (Yuran semester pertama).
- Rm 5,400.00 (Elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk TIGA (3) bulan pertama).
Tempoh Penajaan Biasiswa
Calon yang berjaya akan ditaja SELAMA 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian.
Dokumen Yang diperlukan
Segala dokumen hendaklah disertakan di dalam permohonan tersebut, iaitu:
- Resume Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan Sijil Ijazah Sarjanamuda
- Salinan Transkrip Ijazah Sarjanamuda
- Salinan Surat Tawaran Pengajian ke UKM
- Cadangan Proposal Penyelidikan
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil mestilah disahkan terlebih dahulu.
Kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa sama ada bergaji penuh atau separuh gaji.
Sebarang pindaan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa dan elektronik.
Semakan Keputusan
Mana-mana permohonan yang tidak mendapat maklum balas dan panggilan daripada pihak Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak dalam tempoh SATU (1) BULAN selepas tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak. Anda boleh hubungi Pejabat Urusetia di alamat seperti berikut ;
URUSETIA KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM BANGI SELANGOR
NO. TEL: 03-89215622
NO. FAKS: 03-89213185
EMEL: [email protected]
LAMAN SESAWANG: www.ukm.my/kursisos
Baca juga ;